Sunday, August 09, 2015

Pelan 20 Tahun Pembasmian Rohingya


Sejak Burma menceroboh Arakan pada tahun 1748, penduduk Islam dijadikan sasaran utama untuk dihapuskan bagi menukar Arakan menjadi wilayah Buddha sepenuhnya.

Rohingya

Apabila junta tentera berkuasa pada tahun 1962, penindasan ke atas orang Islam menjadi berlipat kali ganda.

Pada tahun 1942, setelah kerajaan British keluar dari wilayah Arakan, tercetus rusuhan besar-besaran yang dimulakan oleh penganut Buddha di wilayah itu yang menyebabkan lebih kurang 100,000 orang Islam dibunuh dan ratusan ribu yang lain terpaksa melarikan diri ke Bengal Timur.

Setelah menggulingkan kerajaan Burma pada tahun 1962, General Ne Win melancarkan operasi tentera yang dinamakan 'Pelan 20 Tahun Pembasmian Rohingya'.

Rohingya [3]

Salah satu operasi berskala besar yang dilancarkan dibawah pelan ini ialah 'Naga Min' (King Dragon Operation) pada tahun 1978.

Ia boleh dikatakan operasi terbesar dan kejam. Umat Islam diwilayah itu dibunuh sesuka hati, diseksa dan dirogol. Harta benda mereka diambil atau dimusnahkan.

Ratusan ribu Rohingya mati dan ratusan ribu lagi terpaksa melarikan diri ke Bangladesh dan Pakistan.

Pada tahun 1991, operasi dibawah kod 'Pyi Thaya' dilancarkan. Ia bukan hanya untuk membunuh etnik Rohingya bahkan memusnahkan tempat tinggal dan masjid-masjid dalam wilayah mereka.

Rohingya [4]

Masjid-masjid dirobohkan dan diganti dengan pagoda atau tokong untuk penempatan baru penganut Buddha.

Sehingga tahun 1999, dilaporkan tidak kurang 20 operasi ketenteraan dilancarkan terhadap etnik Rohingya oleh pemerintah junta yang telah meragut jutaan nyawa orang Islam di daerah itu.

Rejim Myanmar juga telah menukar nama wilayah Arakan menjadi Rakhine, iaitu nama etnik Buddha yang tinggal dibahagian selatan Arakan. Ia bagi menafikan fakta sejarah dan hak orang Islam Rohingya ke atas Arakan.

Rohingya [5]

Menggunakan nama Rakhine agar orang luar menyangka wilayah Rakhine (Arakan) adalah hak milik etnik Rakhine beragama Buddha, bukan hak milik Islam Rohingya. Sedangkan fakta sejarah menyatakan orang Islam Rohingya telah berabad-abad lamanya menetap di Arakan.

Pelbagai fitnah dicipta oleh musuh Islam di Myanmar bagi membangkitkan kebencian dan mencetuskan kemarahan penganut bukan Islam terhadap Rohingya. Dengan ini, penghapusan etnik Islam di wilayah itu akan sentiasa berterusan.

Rohingya [2]

Masih banyak lagi kekejaman demi menghapuskan orang Islam di wilayah Arakan dan akan terus berlanjutan kerana dunia dan pejuang-pejuang hak asasi manusia hanya memerhati dan menutup sebelah mata terhadap keganasan yang sangat menjijikkan ini.

Apa kata anda?

BACA INI JUGA: Sejarah Penghapusan Etnik Rohingya

-SENTIASAPANAS.COM

2 comments

  1. apa yg perlu org rohinya bangun berjihad...cinta kepada mati syahid..senjata dan derma bolehlah minta dari ISIS...nak harap bangla dan msia bantu senjata amat jauh sekali...dengar jihad aje pemimpin negara islam masuk kepala dlm lubang taik...tutup telinga..alasan terlalu banyak..dari mati tak tau ke mana...baik mati telah di jamin ke surga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Malaysia dapat derma terus jadi bilionaire, mungkin sesen pun tiada untuk orang yang lebih memerlukan..

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon