Selepas muncul dengan rakaman video yang menuduh Najib Razak ‘kencing’ ahli UMNO, Ahli Wanita UMNO Bahagian Langkawi, Anina Saaduddin sekali lagi mengkritik kepemimpinan Najib selaku Presiden parti.
Anina berkata, Najib tidak akan mampu mempertahankan kedudukannya sebagai Presiden lantas mengambil keputusan menunda pemilihan selama 18 bulan.
Sehubungan itu, dia mempersoalkan atas dasar apa Najib berkata tiga juta ahli UMNO menyokongnya untuk terus kekal sebagai Presiden parti.
“Atas dasar apa Najib nak kata tiga juta ahli sokong beliau sedangkan pemilihan Umno yang akan datang, ditunda ke 2018.
“Kalau beliau tunda, maknanya beliau tidak yakin sokongan dalam pemilihan akan datang,” katanya.
Menurut Anina lagi, bukan hanya dia sahaja yang memperkatakan mengenai krisis dalaman UMNO, sebaliknya beribu-ribu lagi ahli UMNO yang bercakap perkara itu.
Sebelum ini, Najib berkata penangguhan selama 18 bulan itu dibuat bagi mengukuhkan parti, manakala Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengakui ia ditangguh kerana krisis semasa.
Secara berseloroh, Anina berkata `sekiranya ditanya 10 ahli UMNO sama ada percaya dan yakin akan kepimpinan Najib, berkemungkinan 12 orang kata tidak yakin’.
Anina juga menerusi ucapan lantangnya sebelum ini turut mengkritik tindakan Najib menggugurkan Timbalannya. Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Shafie Apdal daripada Kabinet Malaysia.
Anina turut membayangkan UMNO umpama `terbang sebelah sayap’ apabila Muhyiddin dan Shafie digugurkan lapor Free Malaysia Today.
BACA INI JUGA: Draf Waran Tangkap Untuk Najib Punca Gani Patail Dipecat?