Wednesday, August 12, 2015

Manfaat Buah Ceri Untuk Kesihatan Yang Anda Perlu Tahu


Ceri adalah salah satu buah yang sering dijadikan hiasan untuk mencantikkan makanan dan minuman.

Manfaat Buah Ceri

Namun, selain menjadi penghias makanan, buah ceri ternyata mempunyai banyak manfaat khususnya bagi kesihatan tubuh.

Meredakan kecederaan sukan

Selain mempunyai bentuk menarik, ceri juga baik untuk meredakan rasa sakit yang muncul ketika melakukan aktiviti sukan. Ini kerana ceri mengandungi anticyoanin, yang boleh membantu melemaskan otot selepas bersenam. Ia berfungsi seperti ubat penahan sakit, tetapi tanpa kesan sampingan.

Melawan Arthritis

Kandungan dalam buah ceri juga dapat mengurangkan jumlah natrium oksida dalam darah, yang boleh menyebabkan arthritis. Ceri juga dapat mengurangkan tahap keradangan yang berlaku dalam tubuh yang boleh menyebabkan penyakit berbahaya lain.

Menghilangkan lemak perut

Anda yang inginkan perut lebih kempis, sebaiknya mengamalkan pemakanan buat ceri. Kandungan dalam ceri boleh mengurangkan jumlah lemak dalam tubuh, khususnya di bahagian perut. Perkara ini dinyatakan pasukan penyelidik dari China.

Membantu tidur

Sebuah kajian berjaya menunjukkan fakta bahawa meminum jus ceri secara rutin dapat memberikan perkembangan kualiti tidur hingga 25 minit dalam sehari. Ini kerana kandungan dalam ceri terbukti meningkatkan kadar melatonin yang mengangkat kualiti tidur.

BACA INI JUGA: Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Seksual Lelaki

Sumber: Gabancomel

2 comments

  1. selain rasanya yang terlalu manis hingga boleh menyebabkan tekak sakit, rupanya ceri banyak juga khasiatnya.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon