Ada sebahagian agamawan (boleh juga disebut sebagai ulama) mempunyai keegoan sehingga tidak mahu menzahirkan bahawa dia jahil akan sesuatu perkara, malu untuk menyatakan dia tidak tahu pada perkara yang hakikatnya memang dia tidak mempunyai ilmu ke atasnya.
Lalu dia gopoh serta bermudah dalam memberi fatwa maka sesatlah seluruh umat, bukan hanya pada orang yang bertanya. Keadaan atau suasana ini terlalu banyak kita dapat lihat pada hari ini.
Sebahagiannya memetik dua, tiga dalil Al-Quran dan Hadis kemudian dengan segera memberi kesimpulan menggunakan akal (pandangan) semata-mata, seolah-olah dialah orang yang paling memahami maksud sebenar di sebalik dalil itu.
Bahkan tanpa malu memperlekeh ulama-ulama terdahulu seperti menyebut mereka menulis tanpa ada metodologi atau pandangan mereka adalah kolot.
Rasulullah SAW sudah memperingatkan kita akan kewujudan kelompok ini di akhir zaman kelak:
Daripada Abdullah Bin ‘Amr Bin Al-‘Ash, katanya: Aku mendengar Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda:
“Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan menariknya daripada hamba-hambaNya, tetapi Dia mencabut ilmu dengan mematikan ulama (orang-orang alim) sehingga jika tidak ada lagi seorang alim pun maka manusia akan mengangkat Juhalaa’ (orang-orang jahil) sebagai pemimpin mereka.
Lalu (jika) mereka ditanya, maka merekapun memberi fatwa tanpa ilmu, (akhirnya) mereka sesat dan menyesatkan orang lain.” (Muttafaq ‘Alaih)
Perlu kita faham, antara Sunnah yang disarankan Rasulullah SAW ialah seseorang muslim itu tidak perlu menjawab suatu persoalan yang memang benar-benar dia tidak tahu.
“Sesiapa berfatwa sebelum yakin akan kebenarannya (fatwa tersebut), maka dosanya bagi yang berfatwa.” (HR Ibnu Majah)
Bahkan kita lihat dalam hadis lain, tidaklah menjadi suatu beban untuk Rasulullah SAW sendiri menyatakan “aku tidak tahu” pada persoalan yang baginda tidak ketahui.
Daripada Muhammad bin Jubair bin Muth’im daripada ayahnya, sesungguhnya ada seorang yang menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu berkata,
“Wahai Rasulullah tempat apakah yang paling buruk?”
Jawapan Rasul: “Aku tidak tahu”.
Ketika Jibril datang menjumpai Nabi, beliau bertanya kepada Jibril:
“Wahai Jibril, tempat apakah yang paling buruk?”
Jibril berkata: “Aku tidak tahu. Kutanyakan dulu kepada Rabbku (AllÃ¥h) azza wa jalla”.
Jibril lantas pergi, kemudian setelah beberapa waktu lamanya, Jibril datang dan berkata:
“Wahai Muhammad, engkau pernah bertanya kepadaku tentang tempat yang paling buruk, lalu jawabku adalah aku tidak tahu.
Hal itu telah kutanyakan kepada tuhanku azza wa jalla, ‘Tempat apakah yang paling buruk?’. Jawab-Nya, “Pasar”.
Begitu juga Sahabat RA, istilah ‘tidak tahu’ itu seolah-olah sudah menjadi sebahagaian daripada ungkapan kebiasaan mereka.
Diriwayatkan bahawa Abdullah bin Mas’ud pernah berkata:
“Barangsiapa antara kalian yang memiliki suatu ilmu, hendaklah ia mengatakannya. Dan barangsiapa yang tidak memiliki ilmu, katakanlah dalam permasalahan yang ia tidak ketahui itu: ‘Allahu a’lam’ (Allah lebih mengetahuinya), kerana seorang ulama itu adalah seorang yang jika ditanya tentang sesuatu yang tidak diketahuinya ia akan mengatakan : ‘Allahu a’lam’. (Riwayat Bukhari)
Hakikatnya fitnah berkaitan agama Islam yang banyak muncul pada hari ini bukanlah hanya disebabkan tindakan pihak golongan agamawan sahaja.
Tetapi ianya adalah perbuatan salah yang timbul daripada kedua-dua belah pihak samada masyarakat yang ada serta golongan agamawan yang memandu.
Sikap golongan agamawan bermudah-mudah dalam mengeluarkan sesuatu pandangan atau fatwa serta masyarakat pula bermudah-mudah dalam melantik siapa yang akan dijadikan rujukan.
Hal ini jelas disebut dalam hadis di awal tadi, kehancuran itu bermula apabila masyarakat yang telah bersikap mengangkat pemimpin di kalangan juhala’ (orang jahil).
Siapa yang baca Al-Quran sedap, berserban panjang, mempunyai sijil pendidikan hingga PhD, menjuarai sesuatu pertandingan realiti maka dia terus digelar ulama yang sepatutnya dirujuk.
Segala persoalan dirujuk kepada mereka hinggalah kepada hal berkaitan negara walaupun hakikatnya dia sendiri langsung tidak pernah membaca perkara berkaitan siyasah syariah. Timbangan ini salah dan perlu diperbetulkan.
Ketidakseriusan kita dalam menghadapi masalah ini akan menghancurkan umat keseluruhannya. Kerana bermula dengan rosaknya kayu timbangan masyarakat maka akan melahirkan tindakan salah dalam hal golongan yang dijadikan rujukan, lalu kesalahan itu akan dibawa kepada bermudah dalam melantik pemimpin. Ketika suasana itu wujud, ianya adalah lambang kejatuhan sesebuah umat.
Kebenaran adalah kebenaran, kebenaran adalah milik Allah SWT yang telah diletakkan oleh-Nya di dalam Islam itu sendiri.
Memahami kebenaran (Islam) hendaklah berpandukan Al-Quran, As-Sunnah serta panduan golongan salafussoleh yang telah lama menyinari jalan ini.
Jadikanlah kata-kata Saidina Ali ini sebagai prinsip hidup kita, “Seseorang itu dikenali dengan kebenaran yang dipegangnya dan bukanlah kebenaran itu dikira daripada siapa yang mengucapkannya.”
Ustaz Muhammad Firdaus Zalani
Pegawai Majlis Ulama ISMA (MUIS)
BACA INI JUGA: Bersyukurlah Jika Anda Seorang Yang Pemalu
-Sentiasapanas.com