Monday, August 17, 2015

Adakah Usul Tidak Percaya Kepada PM Sama Dengan Menjatuhkan Kerajaan?


Bila Tmbalan PM membuat satu tuduhan, pastinya ada isi, bukan tin kosong. Ada maklumat kononnya terdapat usaha untuk menggulingkan kerajaan sedia ada yang sedang dilakukan dan didalangi oleh tokoh-tokoh tertentu.

Jatuhkan Najib

"Terdapat usaha mendapatkan akuan bersumpah (SD) di kalangan ahli parlimen pembangkang dan juga (usaha) untuk menarik ahli parlimen BN supaya menumbangkan kerajaan melalui pintu belakang," -Mkini.

"Peguam sedang menyediakan memorandum tujuh muka surat dengan kertas kuning dilampirkan dengan SD untuk dibentangkan menyatakan bahawa mereka mempunyai suara majoriti.

"Ini akan membawa kepada pergolakan politik negara. Mereka tidak sanggup menunggu pilihan raya akan datang, mereka mahu menggunakan cara pintu belakang,"

Memorandum berkertas kuning dan Akuan Bersumpah untuk menumbangkan kerajaan?

Muhyidin yang menjawab tuduhan itu (sekiranya ada yang kaitkan namanya dengan usaha itu) berkata, "Saya tidak akan cuba menjatuhkan kerajaan. Bodohlah saya nak jatuhkan kerajaan yang saya bantu dan terlibat," -Mkini.

Cakap-cakap mengenai usul Undi Tidak Percaya ini sudah lama tersebar. Malahan Tun Mahathir sendiri pernah melontarkan idea ini semasa program Bicara Negarawan di mana Tun berkata, “Sebenarnya Parlimen boleh menjatuhkan Najib dengan mengusulkan undi tidak percaya kepadanya".

“Tetapi ahli UMNO bukan majoriti dan terpaksa mendapatkan sokongan daripada ahli Barisan Nasional,”

Menjatuhkan atau menukar Najib sebagai PM dengan orang lain itu biasalah, hampir semua orang bercakap tentang itu. Tapi kita tidak pernah dengar sebarang usaha atau cakap-cakap mengenai usaha mahu menjatuhkan kerajaan! Melainkan parti pembangkang!

JUST FOR THE SAKE OF DISCUSSION... adakah boleh disamakan usaha untuk menjatuhkan Najib melalui undi tidak percaya dengan usaha menjatuhkan kerajaan?

Setakat nak tukar PM je... sebab rakyat tak puas hati dengan cara Najib. Boleh kan? Kita bukan nak tukar kerajaan. Kita masih mahu kerajaan BN cuma PM je ditukar dengan orang lain!

Mengikut Perkara 43 - Jemaah Menteri - fasal 4.

(4) Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong. (KLiK)

Apa yang kita fahamkan, perlembagaan membenarkan PM ditukar. Tak perlu tukar kerajaan pun, MELAINKAN PM yang tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Parlimen itu mahu mengheret sama kerajaan, maka beliau boleh meminta perkenan Agong supaya Parlimen dibubarkan.

Pendek kata, TIDAK SALAH jika ada usaha mahu menukar PM melalui undi tidak percaya.

Mungkin pakar undang-undang dapat memberi penjelasan yang lebih tuntas dalam soal ini.

Sebaiknya Umno yang buat perubahan ini. Jangan sampai berlaku ke tahap Parlimen sebab jika ia berlaku, ia bakal memberi gambaran negatif terhadap Umno.

Seolah Umno akur dan sokong PM yang tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat.

Jika Umno yang bertindak terlebih dahulu, mungkin rakyat akan masih beri peluang kepada Umno kerana rakyat akan melihat Umno masih mewakili suara rakyat.

Terserahlah pada ahli-ahli Umno.

Rakyat sudah dan sedang bersuara ketika ini. Nak mengikut arus atau menongkah arus rakyat?

BACA INI JUGA: Mahu BN Tapi Tidak Mahu Najib, Apa Pilihan Yang Ada Buat Rakyat?

Sumber: Dinturtle

1 comment

  1. Zahid ni kaki kipas. Sebenarnya orang nak suruh Najib letak jawatan je bukan nak gulingkan kerajaan!

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon