Terasa pantas masa berlalu dan tanpa disedari sudah enam tahun Raja Pop Dunia, Michael Jackson meninggal dunia akibat kegagalan jantungnya berfungsi.
Sesungguhnya kehilangan Jackson benar-benar dirasai ketika berita kematiannya tersebar di seluruh dunia pada 25 Jun 2009.
Dengan rekod penjualan albumnya sendiri hampir 200 juta salinan di seluruh dunia selain pemenang 13 anugerah Grammy serta beberapa rekod yang pernah dicatatkan di dalam buku Guinness World Records, semestinya Jackson akan terus kekal sebagai tokoh seni unggul.
Berikut merupakan pilihan 10 buah lagu terbaik karya Michael Jackson yang benar-benar terbaik tanpa mengikut turutan.
ROCK WITH YOU (1979)
Dimuatkan dalam album solo kelima Jackson, Off The Wall, lagu ini boleh dikatakan sebagai sebuah lagu yang seksi apabila muzik pop dan disko digabungkan lalu menjadikan ia sebagai karya yang begitu sungguh halus penghasilannya.
Bahkan, ada segelintir pengkritik muzik menyifatkan lagu ini sebagai smooth ballad dan Rock With You sudah cukup untuk memberikan gambaran sebenar hala tuju album Off The Wall. Ditambah pula dengan persembahan vokal Jackson yang telah menambahkan lagi keseksian lagu ini.
THRILLER (1983)
Rasanya, lagu ini tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ia adalah sebuah karya agung dalam sejarah muzik dunia yang sekaligus memacu nama Jackson ke puncak kegemilangan.
Hasil karya sepenuhnya oleh Rod Temperton dan diterbitkan oleh Quincy Jones, Thriller terus kekal sebagai salah sebuah lagu pop terbaik yang mempunyai nuansa disco-funk dan membawa revolusi baru kepada dunia muzik ketika itu.
Ditambah pula dengan penghasilan muzik videonya telah melengkapkan Thriller sebagai sebuah karya yang akan terus dikenang selama-lamanya.
BILLIE JEAN (1983)
Salah sebuah lagu popular dalam album Thriller yang terus menguatkan portfolio Jackson sebagai seorang penghibur.
Boleh juga dianggap sebagai salah sebuah karya agung Jackson dan seperti mana Thriller, Billie Jean juga hadir dengan muzik video yang berkonsep dan mempamerkan tarian yang menjadi identiti Jackson.
Gaya penyampaian Jackson seperti tersedu-sedu itu juga menambahkan keunikan kepada lagu ini.
SHE’S OUT OF MY LIFE (1979)
Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Tom Bahler ini adalah antara persembahan terbaik Jackson selama dia bergelar seorang penghibur.
Sebuah lagu balada indah yang menceritakan tentang pengalaman bercinta Bahler sendiri bersama bekas kekasihnya, mendiang Karen Carpenter.
Jackson menyampaikan lagu ini dengan penuh emosi sehingga pada penghujung lagu ketika dia menyebut ‘life’ kedengaran suaranya yang sudah tersekat-sekat akibat menahan diri daripada menangis.
BAD (1987)
Biarpun penjualan album Bad sukar menandingi album Thriller, tetapi, album solo keenam Jackson ini masih diterima dengan baik oleh peminat dan pengkritik muzik.
Mereka menyifatkan lagu Bad telah membantu menaikkan imej Jackson ke arah yang lebih berani.
Sebuah karya pop yang begitu mewah dengan susunan muzik dan terbitan Quincy Jones. Jangan lupa, muzik videonya hebat itu diarahkan oleh bekas pemenang Oscar, Martin Scorsese.
BEAT IT (1983)
Lagu yang juga dimuatkan dalam album Thriller ini telah memberikan satu dimensi baru buat Jackson yang cukup dikenali dengan muzik pop dan R&B.
Namun, apabila dia tampil dengan Beat It yang memiliki elemen rock yang cukup kuat, ia tidak menunggu lama untuk menjadi popular di seluruh dunia sekelip mata. Ia ditulis sepenuhnya oleh Jackson dan diterbitkan oleh Quincy Jones.
Hasilnya, ia telah menghadiahkan mereka trofi Grammy untuk Rekod Terbaik dan Jackson sendiri diiktiraf dengan Persembahan Vokal Rock Lelaki Terbaik.
WE ARE THE WORLD (1985)
Karya Jackson bersama bekas vokalis kumpulan The Commodores, Lionel Richie ini pastinya akan terus diingati sehingga ke hari ini.
Lagu yang dicipta khas bagi menyokong kempen untuk membantu masyarakat Afrika pada tahun 1985.
Penangan lagu ini cukup hebat pada ketika itu sehingga melayakkan Jackson dan Richie memenangi anugerah Grammy untuk Lagu Terbaik.
Apatah lagi ia turut dinyanyikan oleh lebih daripada 40 penyanyi dan selebriti terkenal Hollywood ketika itu lalu menjadikan karya ini malar segar dan mempunyai sentimental tersendiri.
MAN IN THE MIRROR (1987)
Sebuah lagi karya hebat Jackson yang telah menjadi lagu tema kepada hampir kesemua peminatnya kerana tema dan mesej lagu ini yang bersifat universal.
Ada yang mengatakan ia adalah sebagai satu refleksi kepada diri Jackson sendiri yang berhadapan dengan pelbagai masalah peribadi.
Ternyata muzik Jackson melangkaui zamannya dan sehingga ke hari ini, lagu ini kedengaran sungguh segar dan sangat relevan dengan masyarakat kita hari ini.
YOU ARE NOT ALONE (1995)
Mungkin ramai yang tidak tahu lagu yang dimuatkan dalam album kesembilan Jackson, HIStory: Past, Present adn Future, Book I ini merupakan kompisisi sepenuhnya oleh R. Kelly.
Pada ketika itu, Kelly menulis lagu ini kerana dia terasa dirinya begitu kosong dan hidup dalam keasingan selepas kehilangan orang yang tersayang. Apabila Jackson mahukan lagu daripada Kelly, tanpa menunggu masa dia memberikan lagu ini kepada Jackson. Pun begitu, Jackson berfikir dua kali sebelum merakamkannya dan dimuatkan di dalam album tersebut.
You Are Not Alone merupakan salah satu lagu nyanyian terbaik Jackson dan ia dicatatkan dalam Guinness World Records sebagai satu-satunya lagu yang berjaya menduduki tangga pertama dalam carta Billboard Hot 100 sebaik sahaja diedarkan.
BLACK OR WHITE (1991)
Sebuah lagi karya hebat Jackson yang akan terus dikenang sehingga ke hari ini. Seperti mana lagu Man In The Mirror, lagu ini juga cukup sarat dengan mesej kemanusiaan dan bersifat universal dengan melodinya yang memiliki nuansa pop, dance, rap dan hard rock.
Dijadikan sebagai single pertama album Dangerous, pastinya peminatnya juga akan mengingati muzik videonya yang dibintangi oleh pelakon cilik terkenal ketika itu, Macaulay Culkin.
BACA INI JUGA: Michael Jackson Sebenarnya Dibunuh Kerana Masuk Islam?
Sumber: The Rakyat Post