Friday, July 03, 2015

Pemandu Teksi Malaysia Paling Teruk Di Dunia!


Pemandu teksi di Malaysia mendapat ‘pengiktirafan dunia’ apabila diundi sebagai ‘Pemandu teksi paling teruk di dunia’ menerusi satu bancian yang dilakukan oleh laman web British, LondonCabs.co.uk yang membuat perbandingan perkhidmatan teksi yang ditawarkan di seluruh dunia.

Pemandu Teksi

Menurut laporan daripada portal itu, pemandu teksi di Kuala Lumpur terkenal dengan perangai buruk mereka yang suka mengenakan tambang berlebihan kepada penumpang.

“Walaupun mereka seharusnya perlu mengenakan bayaran mengikut meter teksi tapi kebanyakan mereka menolak untuk berbuat demikian.

“Nasihat terbaik anda hanya perlu menunggu teksi lain sahaja sekiranya mereka tidak mahu menggunakan meter,” kata laman portal tersebut.

Selain itu, mereka turut merungut teksi di Kuala Lumpur kelihatan agak buruk dan tidak cantik dipandang.

Selepas Kuala Lumpur, pemandu dari Rom, Itali tersenarai di tangga kedua dalam senarai berkenaan kerana sikap biadap dan caj melampau yang dikenakan mereka.

“Kebanyakan pelancong di sana sering berdepan dengan pemandu teksi yang biadap dan sukar untuk memberikan kerjasama dengan pelancong.

“Jika hari itu hujan, anda jangan terkejut kalau mereka minta bayaran dua atau tiga kali ganda di sana,” tambah portal itu lagi.

Pemandu teksi di Bangkok, Thailand menduduki tangga ketiga yang mana mereka sering tidak mengetahui arah jalan yang ingin dituju pelancong.

Antara pemandu teksi yang turut tersenarai dalam kategori yang tidak membanggakan ini ialah Paris, New York, Mumbai, Zurich, Cairo, Shanghai dan Moscow.

BACA INI JUGA: Ninoy Aquino, Lapangan Terbang Paling Teruk Di Dunia!

Sumber: Mynewshub.cc

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon