Friday, July 10, 2015

5 Sebab Kenapa Kita Perlu Menyimpan Emas Bermula Sekarang!


Emas juga adalah sebenarnya wang, tetapi dalam bentuk fizikal emas. Sebelum tahun 1971, kesemua wang fiat (kertas) disandarkan kepada emas.

Gold stock

Wang kertas hanyalah sebagai alat tukaran (voucher). Setiap percetakan wang kertas mesti berlandaskan simpanan emas mereka.

Ianya berubah setelah US sedang dalam krisis (perang vietnam) di mana mereka kehilangan sumber kewangan akibat negara-negara lain ingin mengambil emas mereka dan memisahkan wang kertas dgn emas.

Semenjak itu, krisis kewangan pun bermula akibat dari inflasi kerana percetakan wang kertas berleluasa tanpa adanya "sandaran" fizikal aset lain. Manakala bank pula boleh meminjamkan (sebenarnya dikira mencetak) wang dgn peratus 90% dari simpanan/deposit orang awam.

Negara-negara besar juga mempercayai dan menyedari hakikat kekurangan/kelemahan simpanan berdasarkan wang kertas.

Walaupun mereka mencetak wang kertas, tetapi pada masa yang sama, mereka juga menyimpan stok emas yang banyak untuk melindungi mereka dari krisis.

Jika negara-negara besar mempercayai emas sebagai simpanan mereka, mengapa tidak kita?

Antara kelebihan menyimpan aset non-cash (bukan dalam bentuk wang kertas) dalam bentuk emas adalah;

Keselamatan

Sedar atau tidak, wang yang kita simpan di bank akan hilang secara perlahan-lahan. Setiap kali hendak keluarkan duit, mesti akan dikenakan caj. Kadang-kadang apabila akaun bank kita tidak aktif, pihak bank akan mengambil baki wang dari akaun anda. Anda pernah alaminya?

Perlindungan

Simpanan dalam bentuk wang fiat (syiling dan duit kertas yang kita gunakan sekarang) akan sentiasa dimamah inflasi. Setiap hari nilai duit akan menurun. Lihat sahaja nilai Ringgit yang semakin rendah berbanding Dollar sekarang.

Emas pula sebaliknya kalis inflasi. Nilainya akan semakin meningkat. Ini menunjukkan kekayaan kita tidak akan berkurangan jika menyimpan emas.

Mudah Dicairkan

Selain emas, kita juga boleh melabur dalam pasaran saham, hartanah, dan bon.

Walaubagaimanapun, kesemua jenis pelaburan ini tidak mudah dicairkan. Jika pada suatu masa kita amat memerlukan duit, pelaburan jenis ini perlu mengambil masa yang panjang untuk dijual atau ditukar ke dalam bentuk wang semula.

Emas pula sangat mudah dicairkan. Malah anda boleh menukarkannya dalam bentuk wang dimana saja seluruh dunia ni.

Mengapa begitu? Ini kerana permintaan terhadap emas sentiasa tinggi terutamanya di kedai-kedai emas, kedai pajak gadai dan peminat emas.

Tahan Lama

Aset seperti rumah, kedai, kereta, dokumen malah wang kertas akan mudah terbakar atau rosak jika terendam di dalam air apabila berlakunya bencana alam. Jika ini berlaku, nilainya juga akan hilang.

Emas pula bersifat kalis api dan air. Untuk pengetahuan, emas hanya akan melebur pada suhu 1083 darjah Celsius.

Hak Pemilikan Dan Pengelolaan Sendiri

Jika anda membeli emas, anda memperoleh jongkong emas itu serta dapat menyimpannya sendiri. Pendek kata, anda yang menguruskannya. Bukan pihak lain atau pihak ketiga.

Sama ada anda menyimpannya di rumah atau di peti simpanan (safety deposit), tiada siapa yang mampu menghalang diri anda sendiri untuk mengambilnya apabila perlu.

Sekiranya anda ingin memajak atau menjualnya bagi mendapatkan wang, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Namun, sekiranya aset anda dalam bentuk yang lain, ianya mungkin mengambil masa yang lama. Mungkin memakan masa sehingga 10 hari bekerja. Disebabkan aset lain tidak mudah dicairkan, anda mungkin mengalami kesukaran jika memerlukan wang dalam kadar segera.

Lihat sahaja pada tabung insurans atau tabung KWSP anda sendiri sebagai contoh. Agak sukar untuk mengeluarkannya, walaupun ianya untuk pembiayaan ahli keluarga anda yang sedang tenat kerana memerlukan kos pembedahan atau rawatan yang segera.

Pelbagai prosedur perlu diikuti. Kemungkinan besar, ada yang meninggal terlebih dahulu, nauzubillah.

BACA INI JUGA: Krisis Hutang Greece Yang Kita Perlu Tahu

Sumber: Tupai/Jusrirahman

2 comments

  1. benar... tapi sekarang bajet lari utk raya dulu... haha

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..
    Saya telah mula simpan emas sejak dari akhir tahun 2016 bersama Public Gold.

    Serendah RM100 utk mulakan simpanan dlm akaun GAP (Gold Accumulation Program) bg yg kurang berkemampuan dan ianya tak perlu komitment bulanan.

    Ada juga kaedah Syariah Easy Payment Purchase, iaitu belian bayaran mudah patuh syariah. Kena pula skrg masih dlm promosi, serendah 1 dinar emas (4.25gram) boleh dibayar 10x (bulan), anngaran dlm RM110 sebulan.

    Diatas antara yg terendah utk mulakan simpanan emas.

    Dan skrg saya telah bergelar seorang pemudahcara dgn Public Gold mengambil tanggung jawab utk memberi kefahaman dan mencelikkan masyarakat dgn simpanan emas.

    Dapatkan bimbingan dan bantuan, roger saya..✌����

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon