Bercerita mengenai piramid, apa yang bermain difikiran rata-rata daripada kita adalah gambaran piramid agung yang tersusun di banjaran bukit pasir di Mesir. Selain itu, mungkin juga piramid-piramid tinggalan tamadun Inca di Amerika Latin.
Beberapa penemuan baru di sekitar abad ke-21 mengejutkan dunia apabila tanpa kita ketahui, ada diantara binaan agung ini bersemadi di tempat yang langsung tidak kita sangka.
Sekitar 1980an, sekumpulan penyelam menemui jajaran batu menyerupai piramid di dasar lautan Okinawa, di bahagian selatan Kepulauan Yonaguni di Jepun.
Perkhabaran penemuan itu kemudiannya dipanjangkan kepada seorang pakar seismologi Jepun, Masaaki Kimura untuk mengkajinya.
Berita penemuan itu bukan sahaja menarik minat Masaaki malah beberapa pengkaji dari Eropah juga turut serta menjalankan kajian ke atas tinggalan yang terletak kira-kira 100 kaki di dasar laut.
Setelah diteliti, didapati jajaran batu itu bukanlah formasi batu biasa tetapi ia sebuah ziggurat yang dipercayai berusia sekitar 5000 tahun sebelum masehi.
Menurutnya lagi, ziggurat itu mungkin tenggelam akibat tsunami besar yang menghentam Kepulauan Yonaguni sekitar 2000 tahun lampau.
Mereka mendapati binaan tersebut lengkap dengan gerbang, tangga dan jalan yang berturap dengan batu. Terdapat juga beberapa ukiran pada binaan ziggurat tersebut.
Namun mereka sehingga kini tidak dapat mengenalpasti secara tepat ziggurat itu berasal dari tamadun mana kerana berdasarkan usianya, amat mustahil untuk dikaitkan dengan peradaban Jepun yang ketika itu masyarakatnya hidup berasaskan sara diri. Jadi, siapa yang membina piramid tersebut?
Satu sumber yang tidak dapat dipastikan kesahihannya menyatakan bahawa terdapat satu penemuan yang masih dirahsiakan para pengkaji ziggurat tersebut.
Dikatakan, terdapat ukiran typografi mirip tulisan rencong ditemui para pengkaji di barat daya struktur, berdekatan dengan 'Hall chamber' yang dilabel sebagai kawasan larangan oleh beberapa pihak tanpa sebab tertentu.
Ada pihak segera mengaitkan berita ini dengan penemuan sebilah keris di sebuah tinggalan runtuhan lama disekitar kepulauan ini. Tamadun dan peradaban mana yang menggunakan tulisan rencong? Keris? Huh..
Jim Mower, seorang ahli arkeologi di Universiti College London berpendapat bahawa usia sebenar peradaban dasar laut ini menjangkau 10,000 tahun. Peradaban ini mungkin setanding atau lebih hebat dari peradaban Mesopotamia dan Lembah Indus.
Dia menyatakan penemuan ini telah banyak mengubah pandangan tentang peradaban Asia Tenggara. Erk? Tapi Jepun di Asia Timur!
BACA INI JUGA: Tamadun Purba Yang Ditenggelamkan Ke Dasar Lautan
-Sentiasapanas.com