Tuesday, June 02, 2015

Video Kes Buli Pelajar Kolej Viral


BENTONG - Sebuah video dimuatnaik dalam laman sosial menunjukkan seorang pelajar kolej dibuli pelajar lain di daerah ini sedang viral tersebar.

Kes+Buli+Pelajar+Bentong

Video berdurasi 22 saat itu menujukkan mangsa yang hanya mengenakan tuala mandi dipukul bertubi-tubi oleh pelajar lain dipercayai dimuatnaik oleh rakan kepada bapa mangsa.

Ketua Polis Daerah, Suprintendan Mohamad Mansor Mohd Nor mengesahkan perkara terbabit dan siasatan ke atas video terbabit sedang dijalankan.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku pada 29 Mei lalu bertempat di dalam asrama kolej terbabit di mana tiga suspek telah dikenalpasti terlibat dalam kejadian terbabit.

"Sekitar jam lebih kurang 12.45 tengah hari, mangsa yang berusia 16 tahun telah dipanggil oleh suspek.

"Suspek bertanya kepada mangsa berkenaan kes pecah almari dalam asrama sama ada mangsa ada memberitahu guru berkaitan kejadian itu mahupun tidak," katanya.

Menurut laporan yang dibuat juga katanya, selepas ditanya tentang perkara terbabit, mangsa kemudiannya diminta untuk berpusing belakang.

"Sebaik berpusing belakang, suspek secara tiba-tiba menendang mangsa dari belakang sehingga mengakibatkan mangsa terhantuk ke dinding.

"Kemudian datang dua lagi suspek menumbuk dan menendang mangsa. Selepas memukul mangsa, suspek kemudiannya beredar dari tempat kejadian," katanya.

Mangsa yang berasal dari Semenyih, Selangor itu kemudiannya menerima rawatan di Hospital Kajang kerana pulang ke kampung halamannya untuk bercuti sekolah yang bermula pada Jumaat lalu.

Mansor berkata, pihak polis telah memperolehi memo perubatan mangsa daripada Hospital Kajang dan kes disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

BACA INI JUGA: Peraturan Kementerian Pendidikan, Guru Dilarang Berleter Kepada Murid!


Sumber: Sinarharian.com.my

3 comments

  1. Buli ni mmg patut diberi hukuman berat.. biar budak2 kaki buli tu buka mata sikit... hhmmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semakin menjadi-jadi kes buli sekarang. Sehingga menyebabkan kematian pula tu..

      Delete
  2. semakin menjadi2, perlu didikan yang lebih sempurna sebelum melepaskan anak-anak ke dunia luar ni .

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon