Tuesday, June 23, 2015

Selfie Lepas Tarawih Hapus Pahala?


Bayangkan senario ini. Anda sedang menunggu, atau baharu selesai mengerjakan solat sunat tarawih. Anda keluarkan telefon bimbit dan mengambil gambar sendiri ‘selfie’… atau mungkin juga ‘wefie’.

selfie

Gambar tersebut kemudian anda muat naik pula menerusi laman media sosial milik anda seperti Facebook atau Instagram – yang jelas menunjukkan anda masih lagi lengkap bertelekung, atau bersongkok.

Seorang pendakwah terkenal di negara kita dan bekas mufti kerajaan negeri Johor berpendapat, perbuatan tersebut mungkin tidak elok dan dibimbangi boleh menghapuskan pahala puasa anda sendiri.

Datuk Nooh Gadut berkata, perbuatan ‘selfie’ selepas menunaikan solat atau tarawih di masjid dan menyiarkannya di media sosial dengan niat riak dan mahu menunjuk-nunjuk, boleh menghapuskan pahala ibadah.

Pengerusi Majlis Agama Negeri Johor itu menambah, penerangan itu sudah jelas di dalam doa Iftitah yang dibaca setiap kali solat, sambil menambah, fokus ibadah ialah khusyuk dalam solat dan fokus semasa bersembahyang.

“Semasa beribadah ini, kita sewajarnya perlu meninggalkan seketika alam dunia dan bukan menunjukkan kita sudah beribadah untuk dihebohkan pula kepada seluruh dunia!

“Apa tujuan kita ke masjid? Apakah kita hendak memberitahu mahu bergambar ‘selfie’? Di situ keikhlasan beribadat sudah tidak ada,” ujar Nooh yang dipetik laman stesen berita Astro Awani.

Hajj-Selfie

Beliau turut menambah bahawa merakamkan ‘selfie’ selepas menunaikan beribadah turut dikhuatiri boleh membatalkan perasaan khusyuk dan keikhlasan sepanjang bulan Ramadan.

“Riak takabur menghapuskan pahala ibadah. Kita tanya diri sendiri nak solat ke atau selfie? Malu apabila dunia lihat sikap orang Islam yang berselfie dan menunjuk di laman sosial,” katanya. –Agensi

BACA INI JUGA: Awas! Fikir Dahulu Sebelum SELFIE!

Sumber: Mynewshub.cc

2 comments

  1. Kira melampaulah nak selfie dlm keadaan mcm tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menghairankan sesetengah orang Islam asyik nak menayang..

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon