Saturday, June 06, 2015

Selebriti Terkenal Hollywood Yang Pernah Di Tuduh Membunuh


Status seorang selebriti sebenarnya tidak pernah menghalang insan-insan ini bertindak melampaui batasan jenayah. Mungkin dengan status itu juga yang mendorong mereka bertindak liar sehingga membunuh.

Berikut ialah antara selebriti terkemuka dunia yang pernah membunuh ataupun dituduh membunuh.

Snoop Dogg

Snoop Dogg

Dalam kes Snoop Dogg ini, beliau telah ditahan dan dibicarakan dalam kes yang melibatkan Philip Woldemariam iaitu salah seorang ahli kumpulan gengster yang telah mati ditembak oleh pengawal peribadinya sendiri iaitu McKinley Lee. Kedua-dua mereka dibela oleh peguam Johnnie Cochran dalam perbicaraan itu dan kedua-duanya akhirnya didapati tidak bersalah kerana mempertahankan diri.

C-Murder

C-Murder

Rapper C-Murder adalah sebahagian daripada ahli kumpulan TRU bersama-sama Master P dan Silkk the Shocker. Mereka berada di Platinum Club di Harvey, Louisiana pada 12 Januari, 2002 apabila berlakunya satu pergaduhan yang melibatkan kematian seorang remaja berusia 16 tahun iaitu Steve Thomas yang dipukul dan ditembak sehingga mati. C-Murder kemudiannya telah didapati adalah pembunuhnya.

Setelah dijatuhkan hukuman, hukuman itu bagaimanapun diketepikan oleh Louisiana Supreme Court pada tahun 2006. Namun perbicaraan kedua mendapati bahawa dia dan Master P bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Roscoe 'Fatty' Arbuckle

Roscoe 'Fatty' Arbuckle

Roscoe ialah seorang pelakon filem bisu yang pernah sama-sama menghiasi dunia perfileman bisu seiring dengan Charlie Chaplin, Buster Keaton dan Mabel Normand.

Pada 5 September tahun 1921, dia telah menyewa bilik bernombor 1220 dan 1221 di St. Francis Hotel di San Fransisco dan kemudiannya ditemani beberapa orang wanita. Salah seorang daripadanya ialah aktres Virginia Rappe yang sudah pun berkeadaan tidak sihat ketika itu akibat tabiat suka minum minuman keras selain sering melakukan pengguguran bayi.

Virginia mendakwa yang Roscoe cuba merogolnya ketika dia pengsan dan seminggu kemudian Virginia menemui ajalnya dan Roscoe dilibatkan dalam kematian itu.

Namun keputusan perbicaraan mendapati Roscoe tidak bersalah tetapi peristiwa itu terus menggagalkan kariernya sebagai pelakon sehinggalah dia sendiri menemui ajal pada tahun 1933.

Gig Young

Gig Young

Gig Young ialah seorang aktor yang pernah memenangi anugerah Akademi untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. Dia telah mengahwini isteri keempatnya iaitu seorang aktres Jerman, Kim Schmidt yang berusia 21 tahun ketika usianya sendiri sudah mencecah 64 tahun.

Hanya tiga minggu selepas perkahwinan mereka, kedua-duanya ditemui mati di apartment mereka dikawasan Manhattan. Polis mengklasifikasikan kematian itu dimulakan dengan Gig membunuh Kim dan kemudiannya membunuh dirinya sendiri tetapi motif sebenar kejadian itu berlaku tidak dapat dipastikan.

Don King

Don King

Nama Don King tidak asing lagi dalam dunia tinju malahan nama seperti Mike Tyson, George Foreman dan Muhammad Ali adalah antara nama-nama peninju terkenal yang telah dipromosikan oleh Don King.

Selepas gagal menamatkan pengajian dari Universiti Kent State, Don King telah mengusahakan operasi membuat buku secara haram dan pernah dituduh atas dua tuduhan membunuh yang berasingan dalam jarak masa 13 tahun.

Pertama kali dia dituduh membunuh Hillary Brown tapi kemudiannya didapati Hillary cuba merompak Don terlebih dahulu. Kali kedua pula ialah dia dituduh membunuh dengan memijak Sam Garreth, seorang pekerjanya sehingga mati. Namun dia hanya menjalani hukuman penjara empat tahun atas kesalahan itu.

Sid Vicious

Sid Vicious

Sid Vicious ialah pemain bes untuk kumpulan punk rock kontroversi, Sex Pistol. Bersama-sama teman wanitanya yang juga seorang pelacur, Nancy Spungen, mereka menderita ketagihan heroin.

Satu malam ketika berada di bilik mereka di Hotel Chelsea di New York, Sid terjaga daripada tidur dan mendapati Nancy sudah mati dengan kesan tikaman didalam bilik air. Dia kemudiannya disabitkan dengan pembunuhan tersebut.

Dalam kenyataan yang dibuatnya, dia kerapkali mengubah ceritanya daripada tidak sengaja membunuh Nancy sehinggalah dia tidak ingat langsung apa yang berlaku.

Namun tidak lama selepas kejadian itu, dia sendiri meninggal dunia akibat pengambilan heroin yang berlebihan.

Paul Kelly

Paul Kelly

Paul Kelly ialah seorang aktor yang berlakon untuk filem dan juga dipentas teater. Dalam satu pergaduhan yang berlaku pada tahun 1927 dengan aktor Ray Raymond, Paul telah membelasah Ray sehingga mati.

Setelah dijatuhkan hukuman, dia dipenjarakan selama 25 bulan dipenjara San Quentin. Turut dipenjarakan dalam tempoh singkat ialah Dorothy Mackaye yang dilibatkan sebagai rakan sejenayahnya dalam kejadian itu.

Paul meninggal dunia pada usia 57 tahun pada tahun 1956 akibat serangan sakit jantung.

Phil Spector

Phil Spector

Penerbit album lagenda ini mempunyai kaitan dengan ramai pemuzik hebat seperti The Beatles, The Ramones, Ike dan Tina Turner selain Righteous Brothers.

Dalam kes beliau, aktres Lana Clarkson telah ditemui mati ditembak dirumah agamnya namun Phil mendakwa tembakan itu dilepaskan sendiri oleh Lana namun ramai orang mengaku pernah dihalakan dengan pistol oleh Phil sebelum ini.

Perbicaraan pertama kes itu melibatkan keputusan tidak sependapat oleh para juri manakala perbicaraan kedua mendapati beliau bersalah dan beliau dijatuhkan hukuman penjara antara 19 tahun sehingga seumur hidup.

Robert Blake

Robert Blake

Aktor ini pernah membintangi filem seperti 'In Cold Blood' selain siri tv 'Baretta'. Pada tahun 2000, dia mengahwini bekas kekasih Christian Brando (anak lelaki Marlon Brando) iaitu Bonnie Lee Bakley.

Bonnie sebelum ini mempunyai sejarah sering memanipulasikan lelaki-lelaki yang lebih tua terutamanya para selebriti untuk wang mereka.

Semasa keluar untuk makan malam dan meninggalkan tempat tersebut, Robert mendakwa dia kembali ke restoran itu dan meninggalkan Bonnie dalam kereta untuk mengambil semula pistolnya yang tertinggal dimeja dalam restoran namun apabila dia kembali ke kereta, dia mendapati Bonnie telahpun mati ditembak.

Namun Robert tetap dibicarakan untuk kes itu tetapi kemudiannya dia didapati tidak bersalah. Namun seorang juri mendapati dia boleh dikaitkan dengan pembunuhan itu dan Robert telah diarahkan membayar sejumlah USD30 juta kepada anak-anak Bonnie.

O.J. Simpson

O.J. Simpson

Kes O.J. Simpson memang terkenal dan mungkin masih terus diperkatakan sehingga kini. Semasa kes ini berlaku, beliau baru sahaja bercerai dengan isterinya, Nicole Brown.

Apabila Nicole dan rakannya, Ron Goldman ditemui mati ditikam, kebanyakan bukti menunjuk ke arah O.J. Simpson. Dia kemudiannya didapati tidak bersalah dalam penghakiman yang penuh kontroversi walaupun terdapat bukti DNA dan sejarah lama yang mengaitkan dirinya dengan kes penderaan pasangan.

Dia bagaimanapun didapati bertanggungjawab keatas kematian mereka oleh mahkamah sivil dan pada tahun 2006 dia telah menulis sebuah buku hipotikal menerangkan bagaimana mungkin dia membunuh mereka.

Ramai yang percaya dia bersalah namun ramai juga yang menyokongnya. Dan walauapapun yang telah terjadi, hanya O.J. Simpson sendiri sahaja yang tahu hakikat sebenarnya.

BACA INI JUGA: Pesara CIA Mengaku Bunuh Marilyn Monroe!

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon