Robbi Sapinggi, Malim Gunung yang terkorban dalam gempa bumi Gunung Kinabalu merupakan seorang Malim yang menjadi pilihan ramai pendaki dari dalam dan luar negara.
Dia yang mengambil tugas menjadi pemandu arah telah menghembuskan nafas terakhir akibat dihempap runtuhan batu susulan gempa bumi yang berukuran 6.0 pada skala richter yang berpusat 16 km dari barat laut Ranau.
Memetik Borneo Post, Robbi merupakan seorang Malim Gunung yang disanjung tinggi oleh pendaki-pendaki kerana sifatnya yang sangat mengambil berat tentang keselamatan dan keperluan pendaki yang menggunakan khidmatnya.
Dia dianggap wira kerana semasa kejadian, Robbi sanggup mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan pendaki lain walaupun terkena runtuhan batu menyebabkan dia kehilangan banyak darah kerana cedera di bahagian kepala.
Di Facebook Amazing Borneo pula, walaupun dalam keadaan cedera selepas terkena batu, Robbi tetap mengutamakan pendaki yang menggunakan khidmatnya.
Dia menggesa pendaki-pendaki yang menggunakan khidmatnya untuk terus berjalan meninggalkannya demi keselamatan mereka. Dia memilih untuk tidak meneruskan perjalanan bersama pendaki lain kerana tidak mahu menyulitkan perjalanan mereka kerana dia cedera.
Malangnya, semasa dia menunggu bantuan tiba, Robbi telah menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat terlalu banyak kehilangan darah.
Menurut laman berkenaan, beliau merupakan seorang Malim Gunung yang sentiasa menjadi pilihan pendaki kerana khidmat cemerlangnya dalam menjalankan tugas.
Biodata Robbi Sapinggi
Sifat Mulia
Menceritakan saat manis bersama Robbi, Catherine Jayasuriya yang merupakan penganjur Ekspedisi Gunung Kinabalu Coalition Duchenne, dia amat terasa dengan kehilangan Robbi selepas mengenali seorang Malim Gunung terhebat dalam hidupnya.
Menurut Jayasuriya, Robbi telah menyertai empat ekspedisi anjuran Coalition Duchenne anjurannya, menyifatkan Robbi adalah seorang manusia yang suka bergaul, baik hati dan kelakar.
"Ketika menyertai satu ekspedisi, saya berasa sangat sejuk ketika kami menuju ke puncak dalam cuaca hujan dan Robbi menghulurkan kepada saya sarung tangan dan jaketnya untuk dipakai, menyebabkannya hanya berpakaian baju T sahaja.
"Demikianlah sifatnya yang begitu mulia. Dia amat mengambil berat tentang keselamatan dan keselesaan pendaki," kata Jayasuriya dipetik Astro Awani.
Jayasuriya pernah menghasilkan dokumentarinya bertajuk 'Dustys Trail: Summit of Borneo', dimana dia telah menampilkan Robbi dalam dokumentari tersebut di Kampung Kiau.
Unsung Hero
Dialah wira sebenar kerana Robbi benar-benar menjaga keselesaan dan keselamatan pendaki-pendaki yang menggunakan khidmatnya sehingga menghembuskan nafas terakhir.
Kehilangan Robbi merupakan satu kehilangan yang amat besar bukan sahaja kepada keluarga tetapi juga kepada Taman-Taman Sabah dan organisasinya.
Dia akan sentiasa menjadi Hero Malim Gunung khususnya dan wira penduduk Sabah yang akan kekal di dalam hati, selamanya..
BACA INI JUGA:
sumber: siakapkeli

- Nama penuh: Robbi Sapinggi
- Umur: 30 Tahun
- Bangsa: Dusun
- Asal: Sabah
- Agama: Kristian
- Pekerjaan: Pemandu Arah Gunung Kinabalu di Sabah Park
Sifat Mulia
Menceritakan saat manis bersama Robbi, Catherine Jayasuriya yang merupakan penganjur Ekspedisi Gunung Kinabalu Coalition Duchenne, dia amat terasa dengan kehilangan Robbi selepas mengenali seorang Malim Gunung terhebat dalam hidupnya.
Menurut Jayasuriya, Robbi telah menyertai empat ekspedisi anjuran Coalition Duchenne anjurannya, menyifatkan Robbi adalah seorang manusia yang suka bergaul, baik hati dan kelakar.
"Ketika menyertai satu ekspedisi, saya berasa sangat sejuk ketika kami menuju ke puncak dalam cuaca hujan dan Robbi menghulurkan kepada saya sarung tangan dan jaketnya untuk dipakai, menyebabkannya hanya berpakaian baju T sahaja.
"Demikianlah sifatnya yang begitu mulia. Dia amat mengambil berat tentang keselamatan dan keselesaan pendaki," kata Jayasuriya dipetik Astro Awani.
Jayasuriya pernah menghasilkan dokumentarinya bertajuk 'Dustys Trail: Summit of Borneo', dimana dia telah menampilkan Robbi dalam dokumentari tersebut di Kampung Kiau.
Unsung Hero
Dialah wira sebenar kerana Robbi benar-benar menjaga keselesaan dan keselamatan pendaki-pendaki yang menggunakan khidmatnya sehingga menghembuskan nafas terakhir.
Kehilangan Robbi merupakan satu kehilangan yang amat besar bukan sahaja kepada keluarga tetapi juga kepada Taman-Taman Sabah dan organisasinya.
Dia akan sentiasa menjadi Hero Malim Gunung khususnya dan wira penduduk Sabah yang akan kekal di dalam hati, selamanya..
BACA INI JUGA:
- Mistik Dan Pantang Larang Gunung Kinabalu
- Malaysia’s Unsung Hero: Kisah Rakyat Malaysia Dalam 'Battle of Normandy'
sumber: siakapkeli
oo ada org yg terkorban, rupanya.... dlm akhbar suma mengambarkan keadaan terkawal
ReplyDelete