Lantaran kenaikan harga minyak yang semakin tidak terkawal, disini kami kongsikan langkah-langkah penjimatan bagi penunggang motorsikal dan kereta. Sila baca baik-baik..
Tips Jimat Minyak Motorsikal
Tips Jimat Minyak Kereta
Selamat mencuba. Insya-Allah, kan jimat minyak kereta tu..
BACA INI JUGA: 9 Kereta Paling Jimat Minyak Di Pasaran
Tips Jimat Minyak Motorsikal
- Bila turun bukit matikan enjin, kedudukan superman.
- Naik bukit grab bumper lori. Memang jimat sebab tak payah nak pulas minyak. Kalau masa tu takde lori, kena berhenti tepi jalan sampai lori lalu.
- Masa ambil lap, tarik clutch. Enjin free dari flywheel.
- Jangan brek masa ambik konar, mengucaplah dua kalimah syahadah.
- Guna hon banyak-banyak halau kenderaan lain ketepi atau beli siren ambulan.
- Jangan brek dan jangan sesekali berhenti di lampu traffic light. Tapi kalau kena saman atau kena langgar tanggung sendiri ye..
- Maintain satu kelajuan malar sahaja. Dicadangkan 160km/j supaya cepat sampai.
- Pakai pakaian kalis angin atau kalau boleh tak payah pakai pakaian langsung.
- Sebelum ride, kencing dan berak terlebih dahulu supaya ringan sikit tubuh badan anda.
Tips Jimat Minyak Kereta
- Setiap pagi lepas subuh sebelum start enjin kereta, baca Al-Fatihah dan niatkan sedekah kepada kedua ibu bapa kita.
- Kemudian, start enjin kereta dan biarkan selama 3 minit.
- Seterusnya, matikan enjin kereta.
- Start enjin motorsikal anda dan terus pergi kerja.
- Jangan lupa amalkan tips jimat minyak motorsikal diatas.
Selamat mencuba. Insya-Allah, kan jimat minyak kereta tu..
BACA INI JUGA: 9 Kereta Paling Jimat Minyak Di Pasaran
Pandai-pandai la ye..hehe
ReplyDeletehaha baik punya tips kan :)
ReplyDelete