Thursday, June 18, 2015

Panduan Bertenaga Dan Cergas Di bulan Ramadhan


Berpuasa bermaksud 'menahan diri' dari makan, minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dariapda terbit fajar shadiq sehinggalah terbenar matahari berserta niat.

Dan kini bulan yang mulia dan paling ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam di dunia iaitu bulan Ramadhan tiba lagi.

Oleh itu, anda perlu kekal cergas dan bertenaga sepanjang kerana jika tidak anda tidak dapat memberi tumpuan kepada kerja anda dek kerana keletihan atau tidak bermaya.

Jadi, sebelum anda menempuh bulan puasa ini, kami ingin berkongsi dengan anda semua tip-tip bagaimana untuk kekal cergas dan bertenaga ketika di bulan Ramadhan.

Bersahur

Bersahur.jpg

Amalan bersahur amatlah penting kerana ia menggantikan sarapan pagi ketika bulan Ramadhan. Bersahur dapat memastikan tubuh badan anda sentiasa cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Jadi ketika bersahur anda disarankan untuk mengambil makanan yang mengandungi protein dan karbohidrat kerana ia lambat dihadam, oleh itu ia akan membuatkan anda berasa kenyang untuk tempoh yang lama serta menghalang anda daripada keletihan.

Selain dari itu, anda juga dinasihatkan supaya mengelak daripada memakan makanan yang berlemak, bergoreng atau makanan segera kerana ia bukan sahaja membuatkan anda cepat lapar, malah ia juga tidak sihat untuk anda.

Jadi pastikan sahur anda daripada makanan berkahsiat.

Buat aktiviti fizikal

Buat aktiviti fizikal

Apabila anda berpuasa tidak semestinya anda mengelak dari melakukan aktiviti-aktiviti fizikal kerana jika anda melakukan aktiviti fizikal, ia dapat meningkatkan kadar metabolisma badan anda serta membuatkan badan anda lebih segar.

Maksudnya bukan anda melakukan aktiviti berat tetapi cukup sekadar melakukan senaman ringan seperti berjalan.

Waktu yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti ini adalah sejam sebelum berbuka atau selepas berbuka yang mana makanan yang dimakan telah hadam.

Minum air kosong

air kosong

Jika sebelum berpuasa anda disarankan untuk sentiasa minum air kosong dengan banyak, namun pada bulan Ramadhan juga anda disarankan untuk meminum seberapa banyak air kosong pada waktu malam sehingga sahur.

Ini kerana kandungan air yang mencukupi akan memberi kesegaran pada tubuh badan dan mengelak dihidrasi. Anda juga boleh minum jus buah-buahan tanpa gula kerana walaupun ianya manis secara semulajadi, kandungan fiber dan vitamin yang terkandung memberi manfaat kepada tubuh kita.

Elakkan pengambilan minuman berkafein, air berkarbonat atau air manis kerana jenis minuman ini akan menyebabkan anda lebih kerap membuang air dan mempercepatkan kehilangan cecair dalam badan.

Berbuka dengan juadah yang sihat

juadah yang sihat

Apabila bulan Ramadhan ini pastinya akan ke bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa atau mungkin ada yang memasak di rumah.

Tetapi bagi yang membeli jangan ikutkan nafsu dengan membeli pelbagai jenis makanan yang tidak sihat. Anda disarankan membuka puasa dengan buah kurma terlebih dahulu dengan sajian ringan sebelum anda makan makanan berat. Ini bagi mengelakkan system pencernaan terjejas.

Ambil makanan yang cepat hadam seperti bubur, jus buah-buahan atau sup kerana badan anda memerlukan sumber tenaga baru yang diperlukan oleh tisu dan sel dalam tubuh bagi menggantikan tenaga yang kehabisan. Kurangkan makanan bergoreng atau berlemak yang boleh menyebabkan ketidakhadaman.

Diharap dengan beberapa tips yang diberikan ini dapat membantu anda dalam menjalani ibadah berpuasa nanti.

Selamat menjalankan ibadah puasa!

BACA INI JUGA: Sari Buah Dan Sayuran Penyembuh Ajaib

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon