Saturday, June 20, 2015

NML Cygni, Bintang Paling Besar Di Alam Semesta


Namanya NML Cygni. Ya itulah nama yang diberikan oleh saintis sejak ditemui pada tahun 1965.

NML Cygni

Namun, hanya pada Disember 2012 saiz sebenarnya diketahui menjadikan ia bintang terbesar setakat ini. Apa sebenarnya keistimewaan NML Cygni?

Dalam bahasa mudah, bintang gergasi ini saiznya dua ribu kali ganda berbanding saiz matahari. Cuba anda bayangkan, sejumlah 4.5 bilion matahari boleh dimuatkan ke dalam NML Cygni!

Sehingga kini, bintang terbesar di alam semesta ini memegang takhta buat sementara sehingga bintang gergasi baru mengatasinya suatu hari nanti.

NML Cygni dengan diameter 2,783,960,000 kilometer persegi telah mengatasi bintang terbesar sebelumnya iaitu VY Canis Majoris yang berdiameter 2,296,767,000 kilometer persegi.

Saiz NML Cygni terlalu besar, hinggakan ramai dikalangan saintis sendiri tidak menyangka wujudnya bintang sebesar ini di alam semesta yang terletak dalam jarak 5,300 tahun cahaya.

Sebenarnya, belum banyak yang boleh dikatakan tentang bintang ini yang memiliki berat 30 hingga 40 kali ganda dari matahari.

Menurut pemerhatian, bintang ini diliputi oleh dua lapisan optik tebal yang terbentuk daripada debu dan molekul-molekul kecil. Lapisan ini terbentuk hasil daripada kombinasi tiupan angin kencang di permukaan bintang ini dan kadar lepasan gas dalaman yang tinggi.

NML Cygni juga kaya dengan komposisi oksigen, selain daripada air, silika, karbon monoksida, hidrogen sulfida, formonitril dan sulfur dioksida.

Walaupun suhu NML Cygni menunjukkan bintang ini dikategorikan sebagai bintang sejuk, ia masih diakui sebagai antara objek paling cerah yang boleh ditemui di alam semesta setakat ini.

Tidak seperti matahari, lokasinya yang unik dalam galaksi 'Milky Way' membuatkan bintang ini tidak 'mengetuai' sebarang sistem planet, walaupun diiktiraf sebagai bintang terbesar di alam semesta setakat ini.

Untuk pengetahuan kita bersama, setakat ini manusia hanya mampu mengkaji 1 peratus dari seluruh isi alam semesta. Ini menjadikan pencarian bintang terbesar adalah sesuatu yang tidak ada titik noktahnya.

"Tuhan (yang mencipta dan mentadbirkan keadaan) langit dan bumi serta segala yang ada di antara kedua-duanya; kalau betul kamu orang-orang yang yakin (akan hakikat itu, maka terimalah sahaja apa yang diutuskan kepada kamu)." (Surah Ad-Dukhaan, ayat 7)

BACA INI JUGA: Swirling Star, Fenomena Alam Yang Sangat Menakjubkan

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon