Friday, June 12, 2015

Misteri Dan Kisah Pelik Bukit Salbiah


Nama Jalan Bukit Fettes sudah begitu biasa dalam kalangan penduduk di Pulau Pinang. Kawasan berbukit yang juga dikenali dengan nama Bukit Salbiah itu juga laluan alternatif menghubungkan Tanjung Tokong ke Batu Ferringhi.

Bukit-Salbiah

Menurut orang lama di sekitar kawasan berkenaan, kisah misteri di kawasan jalan berbukit itu bermula sejak 1980-an lagi.

Ia dikatakan adanya hubung kait dengan kisah penemuan mayat wanita yang bernama Salbiah.

Sekitar 1960-an hingga 90-an, jalan di situ masih lagi sunyi kerana tiada pembinaan rumah pangsa dan sebagainya. Jadi orang tempatan memang tidak berani hendak lalu pada waktu malam.

Difahamkan, jalan itu dikenali sebagai Jalan Kolam Air kerana ada kawasan tadahan yang kini diselenggara Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

Sehingga kini pelbagai kisah pelik dapat didengar daripada pengguna laluan itu namun tidak dapat disahkan dan ia terus menjadi misteri.

Menurutnya penduduk Teluk Bahang, jalan berkenaan begitu jarang digunakan penduduk tempatan berikutan masing-masing sudah mengetahui pelbagai kisah yang berlaku di situ.

Ada satu selekoh kita akan perasan ada sesuatu yang bertenggek atas pokok tapi jika diperhatikan sebenarnya ia hanya tunggul kayu.

Namun, sekarang keadaan sudah berubah disebabkan orang luar, terutama pelancong ramai menggunakan jalan tersebut.

Jadi ia sudah agak sibuk pada waktu malam, terutama musim cuti persekolahan dan juga cuti umum.

Tapi bagi penduduk di Pulau Pinang, mereka tidak akan sekali-kali melalui jalan ini menjelang jam 9 malam!

BACA INI JUGA: Pelaris Berwajah Hitam Bertenggek Di Restoran!

Sumber: Sinarharian.com.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon