Kehebatan dan bakat seni yang ada dalam diri P. Ramlee amat dikagumi oleh semua orang. Namun, dalam suka ada duka, selain diminati dan dikagumi, P. Ramlee juga menjadi mangsa hasad dengki orang lain pada masa itu.
Periuk nasi P. Ramlee ditutup oleh 2 syarikat yang dinaikkan oleh P. Ramlee
1. Jaafar Abdullah, Eksekutif Shaw Brothers telah mengeluarkan surat pemberhentian khidmat P. Ramlee atas arahan RunRun Shaw dan RunMe Shaw. Alasannya, “Karya P. Ramlee tak bagus..”
2. EMI menamatkan kontrak P. Ramlee, Mrs Devan berkata, “Lagu P. Ramlee dah tak laku.. orang tak beli”. EMI Malaysia juga kata kontrak P. Ramlee adalah dengan EMI Singapura.
Harus diingat, P. Ramlee pulang ke Malaysia atas arahan Shaw Brothers apabila pekerja Studio Jalan Ampas yang dibayar gaji yang amat rendah membentuk kesatuan pekerja Melayu dan melakukan banyak protes. Lee Kuan Yew telah mengarahkan Shaw Brothers ditutup untuk menyekat kesatuan itu. Apa tujuan LKY?
EMI pula seolah-olah tidak lagi mengenang jasa P. Ramlee. Seniman Agung ini telah memberikan pulangan yang sangat lumayan kepada EMI hasil ratusan lagu dan album P. Ramlee, Saloma dll. Kenapa perlu 'buang' P. Ramlee? Ikon terbesar industri musik masa itu? Bukankah kompilasi lagu P. Ramlee dan hasil lirik serta lagu P. Ramlee masih popular?
Itulah dua punca utama yang telah menjatuhkan karier P. Ramlee. Ianya satu bentuk pengkhianatan. P. Ramlee adalah seorang pejuang seni yang berjuang memartabatkan budaya Melayu dalam filem dan lagu Melayu dalam nyanyian.
Tak cukup dengan itu, wartawan tempatan juga kerap memperlekeh usaha P. Ramlee ketika irama Pop Yeh Yeh, Blues, Rock dan Pop sedang meresap ke dalam jiwa anak bangsa. P. Ramlee terpaksa memboikot media yang sering memutarbelit kenyataannya.
Karyawan pula ramai yang dengki dan merasakan mereka lebih baik. Apabila P. Ramlee menubuhkan PERFIMA bersama HM Shah dan turut disertai Jaafar Abdullah, Jins Shamsuddin dan Salleh Ghani, BOD memutuskan bahawa P. Ramlee tidak bagus sebagai pengarah filem kerana ‘tiada kelayakan akademik’. Maka Jins Shamsuddin yang dilantik jadi Pengarah Filem kerana dia baru balik dengan sijil pengarahan filem dari London. Maka P. Ramlee dan HM Shah keluar dari PERFIMA pada Februari 1973.
Segala usaha P. Ramlee disabotaj. 3 bulan selepas itu, P. Ramlee menjadi bertambah tertekan apabila menerima saman mahkamah.
Beliau telah menjadi penjamin kepada seorang kawan untuk satu pinjaman. ‘Kawan’ ini lesap, P. Ramlee berhadapan tindakan mahkamah yang boleh menjatuhkan hukuman bankrupsi, sedangkan P. Ramlee ketika itu tidak mempunyai wang untuk melangsaikan hutang.
Beliau mengalami kemurungan dan kekecewaan yang teramat sangat. Nasir P. Ramlee pula telah berkahwin ketika berusia 19 tahun dan keluar dari rumah.
P. Ramlee kecewa dan marah kerana tidak bersetuju dengan perkahwinan itu. Beliau menjadi tidak terurus, tak bercukur sehingga hari tragik. Sedih, kecewa, tertekan...
Seminggu selepas menerima surat saman, P. Ramlee meninggal dunia menjelang subuh 29 Mei, 1973 akibat serangan jantung. Sebelumnya beliau mengadu sakit dada dan dalam kesakitan sempat berpesan kepada Sazali..
”Jaga Mama baik-baik walau apapun yang terjadi…”
BACA INI JUGA: Pesanan Tersirat P. Ramlee Dalam Filem Pendekar Bujang Lapok
Sumber: Ahmad Husni Ahmad Basri [Edited by SP]