Thursday, June 18, 2015

Memakan Telur Bantu Tubuh Serap Nutrisi


Kajian terbaru yang diterbitkan dalam The American Journal of Clinical Nutrition mendapati, menambah telur pada salad dapat membantu tubuh menyerap lebih banyak nutrisi daripada sayur-sayuran itu sehingga menjadikan sajian tersebut lebih berkhasiat.

Salad

Ketua penyelidik, Prof. Wayne Campbell berkata, lemak dalam kuning telur dapat membantu penyerapan karotenoid dalam salad dengan lebih efektif.

Karotenoid ialah antioksida yang terdapat dalam sayur-sayuran seperti tomato, lobak merah dan daun salad.

Dalam kajian yang dijalankan Universiti Purdue, Amerika Syarikat itu, responden diberikan tiga jenis hidangan salad iaitu salad tanpa telur, salad dengan satu setengah telur hancur dan satu lagi ditambah tiga biji telur hancur.

Dengan menguji darah responden, para penyelidik mendapati, mereka yang mengambil salad dengan telur memiliki karotenoid yang lebih banyak dalam tubuh.

BACA INI JUGA: Lima Makanan Bantu Kesuburan Wanita

Sumber: Kosmo.com.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon