Friday, June 12, 2015

iSwimband, Gelang Anti Lemas


Ciptaan baharu ini mampu membuatkan mereka yang mahu berjinak-jinak dalam aktiviti sukan air tersenyum gembira.

iSwimband

Ibu bapa juga tidak perlu khuatir jika anak-anak mendekati kolam renang. Tanpa mengira usia dan jantina, sesiapa pun boleh menggunakan gelang ajaib ini.

Peralatan yang diberi nama ISwimband ini merupakan gelang getah yang boleh dilaras dan mampu mengawal si pemakai daripada lemas ketika berenang dalam air.

Selepas melalui proses penyelidikan dan pembangunan selama lapan tahun, akhirnya produk ini mula dipasarkan kepada umum awal tahun lalu.

Peranti mudah alih ini telah dibangunkan oleh Aquatic Safety Concepts LLC dan dicipta menggunakan kepakaran anak-anak muda yang prihatin dengan keselamatan akuatik.

Idea penghasilan gelang ini bermula apabila seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun mati lemas di Amerika Syarikat. Kematiannya sangat tragik kerana ibu bapa dan penyelamat kolam renang tidak menyedari kemalangan yang sedang menimpa budak lelaki itu walaupun mereka berada berdekatan dengan mangsa.

Tapi jangan salah faham. Memakai gelang ini tidak akan membuatkan manusia menjadi seorang perenang yang mahir. Ia juga tidak mampu mengapungkan tubuh manusia.

Sebaliknya, gelang ini hanya berfungsi sebagai alat makluman kecemasan ketika pengguna menghadapi saat-saat menakutkan ketika berada dalam air.

iSwimband

Cara penggunaannya juga cukup mudah. Hanya sarungkan dilengan atau ikat dimana-mana bahagian anggota tubuh dan pemakai boleh berenang tanpa diselubungi oleh perasaan takut kalau-kalau lemas.

Peranti ini direka dengan bahan kalis air dan hanya menggunakan kuasa bateri yang mampu bertahan selama 100 jam.

Pemancar yang dibina didalam gelang ini akan menghantar mesej bantuan kepada pihak yang bertanggungjawab. Ia disambungkan dengan teknologi 'bluetooth' yang mampu menjangkau sehingga 30 meter.

Peranti ini akan menghantar amaran kepada penerima jika si pemakai bertindak agresif dan berada di dalam air yang terlalu dalam.

Jika berlaku sebarang kecemasan, ibu bapa atau penjaga kolam renang akan mendapat maklumat kecemasan melalui gelang ini. Dengan itu, bantuan dapat dihulurkan dengan lebih cepat dan pantas.

Selain itu, aplikasi ini juga didatangkan dengan lapan rangkaian dan boleh dikesan melalui sebuah telefon pintar. Setiap gelang boleh ditetapkan dengan nama yang berbeza dan dikawal dalam masa yang sama.

Ia sememangnya sangat mudah kerana jika sekiranya anda memliki lapan orang anak, anda boleh memantau kesemuanya melalui sebuah telefon sahaja. Mudah kan?

Malangnya, buat masa sekarang, gelang kecemasan ini hanya tersedia untuk perisian IOS dan jurutera produk sedang merangka sistem perisian untuk telefon bimbit yang lain.

Proses penyelidikan iSwimband masih lagi giat dijalankan dan pengeluar optimis akan kepentinga peranti ini terhadap masyarakat dunia.

Harga bagi sebuah gelang peranti ini juga tidaklah terlalu mahal, sekitar USD66, berbanding nilai nyawa orang yang kita sayang.

iSwimband

Banyak kes kematian akibat lemas yang berlaku sebelum ini adalah disebabkan lambat menerima bantuan dan mangsa lemas secara diam-diam tanpa disedari oleh orang disekeliling.

Apa yang lebih menyedihkan, kebanyakan mangsa adalah bayi dan kanak-kanak.

Sebagai fakta, 18 buah negara antaranya Amerika Syarikat, New Zealand dan Australia menyatakan lemas menjadi punca kematian tertinggi warganya.

Kajian yang dijalankan oleh syarikat pengeluar 'iSwimband' juga mendapati 90 peratus mangsa lemas tidak mendapat bantuan awal dan tidak disedari oleh orang sekeliling semasa berlakunya kemalangan.

BACA INI JUGA: Logbar Ring, Cincin Ajaib Teknologi Moden!

-SENTIASAPANAS.COM

3 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon