Friday, June 19, 2015

Berpuasa Tanpa Solat Ibadah Sia-sia


Isi yang ingin diketengahkan di sini mungkin agak basi kerana ia telah banyak disebarkan dan tentu sudah ramai yang pernah membacanya.

Puasa-tapi-tak-solat

Walau bagaimanapun, tak rugi rasanya jika dikongsikan semula di sini untuk tatapan minda.

Ada sesetengah di kalangan umat Islam yang bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah puasa, tetapi malangnya, mereka tidak menunaikan solat. Mereka sanggup berlapar dahaga tetapi tidak sanggup menunaikan solat. Ada yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika Ramadhan.

Kita bimbang nanti puasa dan sedekah tidak bermanfaat kepadanya kerana solat adalah tiang agama. Ada juga dikalangan kita menyuruh anak dan isteri berpuasa tetapi membiarkan mereka tidak solat.

Tidak menjaga batas agama seperti pergaulan lelaki dan wanita serta tidak menutup aurat. Lelaki masih berseluar pendek ketika membeli juadah berbuka puasa dan wanitanya pula tidak bertudung malah memakai baju seksi semasa membeli juadah.

Ada juga wanita tidak berpuasa kerana uzur syarie (haid dan nifas) pula tidak menghormati Ramadhan kerana berani makan di khalayak tanpa segan silu.

Menghabiskan masa menonton televisyen, sedangkan hari dan malam yang datang setahun sekali itu patut digunakan bagi memperbaiki amalan serta mengingati kesalahan lalu.

Sepatutnya pada bulan ini kita gandakan bacaan al-Qur'an, cuba menghafal beberapa surah pendek dan sentiasa memasang niat berkhidmat kepada insan lebih memerlukan.

Membazir ketika berbuka puasa disebabkan nafsu membeli tinggi. Semua hendak dibeli tetapi apabila tiba masa berbuka, makanan yang dibeli tidak dihabiskan.

Membiarkan anak bermain mercun sehingga mengganggu jemaah yang menunaikan solat tarawih di masjid atau surau berdekatan. Sebaiknya galakkan anak solat tarawih dan tilawah al-Qur'an bersama.

Hanya puasa makan dan minum, tetapi tidak menjaga pancaindera seperti mata, lidah dan telinga ketika berpuasa.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum.”

Tidak mahu bersahur mengurangkan berkat dan pahala puasa kerana tidak menurut wasiat Rasulullah SAW yang bersabda maksudnya: “Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.”

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma.”

Semoga kita dapat memperbaiki puasa kali ini dan menjadikannya lebih baik berbanding sebelumnya.

BACA INI JUGA: Tidur Sebentar Waktu Siang Sunnah Nabi Muhammad SAW

Sumber: Laman-seri


Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon