Wednesday, May 20, 2015

Mengarutlah Suruh Orang Berhenti Bercakap Tentang 1MDB - Tun Mahathir


Sememangnya satu perkara mengarut apabila orang ramai diminta untuk tidak lagi mempersoal mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tun Mahathir

Dalam artikel dalam blog terbarunya pada Selasa, Mahathir mengibaratkan situasi itu seperti seseorang sedang menyaksikan satu kejadian rompakan dan terpaksa menunggu perbicaraan sebelum berkata sesuatu mengenainya.

“Meminta orang ramai untuk tidak bertanya lagi mengenai 1MDB sehingga menunggu laporan Audit Negara dikeluarkan adalah satu perkara mengarut,” ujar beliau dalam blog peribadinya itu.

Beliau, dalam pada itu, mengulas mengenai artikel terbaharu daripada Najib dalam blognya, NajibRazak.com di bahagian FAQ (Soalan yang sering ditanya) bagi menjawab beberapa isu kontroversi baru-baru ini.

Mahathir dalam artikel terbarunya mengulas kenyataan Najib yang meminta rakyat untuk menunggu laporan Audit Negara akan mengambil bertahun lamanya dan penyiasatan akaun tidak akan mendedahkan apa-apa termasuklah tentang penglibatan jutawan Malaysia, Jho Low.

“Ia tidak akan menjelaskan bagaimana Riza Aziz mempunyai wang yang begitu banyak ketika duit 1MDB lesap. Ia juga tidak mendedahkan transaksi pelik antara Petro Saudi, bank di Seychelles, Hong Kong dan Pulau Cayman.

“Kemudian duit daripada Cayman dibawa balik dan didepositkan di Singapura. Kini, bank itu berkata tiada duit didepositkan,” kata Mahathir,

Dalam pada itu, beliau berkata Audit Negara boleh mengaudit namun tidak akan mendedahkan banyak perkara dan perkara yang terbaik untuk dilakukan adalah untuk menubuhkan satu suruhanjaya.

Walau bagaimanapun beliau berkata ahli suruhanjaya itu tidak boleh dipilih oleh kerajaan di mana suruhanjaya ini bukan sahaja akan menyiasat 1MDB tetapi kerajaan secara keseluruhan.

Tun Mahathir juga menyifatkan Najib gagal untuk menjawab sebarang persoalan mengenai kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Beliau berkata Najib tidak menjawab apa-apa selain menyatakan kes itu adalah sebuah kes yang lama.

“Perkara ini masih baru kerana kedua-dua mereka yang terlibat sebelum ini dibebaskan namun mereka dikenakan hukuman gantung.

"Rupanya mereka bertindak mengikut arahan. Hukuman gantung mereka bagai memperolok-olokkan keadilan,” jelas beliau.

Dalam artikel yang sama, Mahathir turut mengulas sama ada dengan pembelian jet peribadi atas alasan “keselamatan” akan menghentikan pencerobohan terhadap Sabah atau penyeludupan senjata di sempadan atau hanya terhad kepada mereka yang menaiki pesawat itu.

BACA INI JUGA: Tun Mahathir Senaraikan Kegagalan Najib

Sumber: Astro Awani

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon