Langsung tak tercapai dek akal mendengar kisah yang diceritakan oleh seorang netizen dikenali sebagai Rashidah Rashidi menerusi laman Facebooknya.
Tapi, itulah yang dialami oleh pelajar IPTA ini ketika sedang dalam perjalanan pulang ke pusat pengajiannya di Bangi, semalam.
Menurut Rashidah, dia berhenti seketika di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Temerloh, Pahang ekoran lapar dan pening kepala.
Bagaimanapun, secara tiba-tiba dia didatangi seorang wanita misteri yang sedang mendukung anak meminta bantuan kerana tidak mempunyai wang untuk mengisi minyak.
Namun, siapa sangka dia bakal melalui sesuatu pengalaman yang aneh lagi ajaib.
Semuanya bermula apabila dia ditegur oleh penjaga tol mengenai wang bernilai RM1,000 yang diletakkan pada wiper keretanya.
Muncul persoalan siapa yang beri RM 1,000 ini?
Rashidah yang terkejut dengan hal itu secara tiba-tiba mengimbas kembali kejadian dia membantu wanita misteri berkenaan.
Ini cerita Rashidah Rashidi;
Stop kat RnR Temerloh. Pening kepala campur lapar. Masa makan datang kakak pakai bju hitam dan baby cute giler pakai baju putih. Akak tu duduk depan aku. Mata bengkak menangis. Dia merayu mintak pinjam duit. Sebab dompet dia hilang, minyak dah habis.
Akal : jangan bagi weh, banyak kes orang menipu. Lagipun duit kau dah banyak guna duit hari ini. Travel sana sini. Baiki tayar, lampu, brek, servis kereta. Haa.. Baki dlm dompet pun ada RM100.
Aku terus cakap takde duit.. kakak tu merayu-rayu. Aku berkeras cakap takde duit. Dan akak tu bangun dan pergi. Baby tu pandang aku.
Hati : Sampai hati ko biarkan akak tu. Cuba bayangkan akak tu ibu, baby tu jojon. Bodohla ko ni.
Aku terus kejar akak tu. Terus bagi semua duit dlm purse aku. Adeh… Tawakal lah. Kalau tipu pun tipu lah. Tapi aku tak sampai hati nak tengok muke kesian baby tu. Sempat snap gambar (gambar ni jadi blur tetiba. Dunno why)
Lepas akak tu pergi, aku terus kenyang, pening dah hilang. Terus balik. Smpi lah tol bentong, akak tol tegur. Dek.. Kenapa letak duit kat wiper. Aku blur. Tengok kat wiper, mcm ade duit. Aku terus stop tepi highway. Fuhh… Duit rm50, ada 20 keping. Rm1000. Allahu. Aku pandang kiri kanan. Siapa yg letak?????!!! Meremang bulu roma.. Adeh….. Blurrrr…
Meskipun cerita ini agak pelik dan misteri namun mempunyai 1001 pengajaran tentang amalan bersedekah.
Sesungguhnya janji Allah mengenai kebaikan bersedekah itu sememangnya benar.
Firman Allah, “Apa-apa yang kamu belanjakan daripada perkara yang baik, memberi sumbangan harta benda dengan tujuan dan nilai yang baik di mana kebaikan itu akan kembali kepada diri kamu. Dan apa-apa yang kamu belanjakan kerana mencari keredaan Allah.” (Surah al-Baqarah ayat 272).
BACA INI JUGA: Video Viral Bayi Ditolak Entiti Misteri
Sumber: Mynewshub.cc
Gambar wanita misteri itu.

betul ke ceita ni?
ReplyDeleteAda penafian ke? Kalau ada sila kongsikan ye..
Delete