Monday, April 13, 2015

Zizan Razak Nafi Langgan Pelacur Di Luar Negara!


Isu seorang pelawak popular yang dikatakan menghantar mesej lucah kepada beberapa wanita masih belum terjawab.

Zizan Razak

Terbaharu, pelawak dimaksudkan dituduh pula melanggan pelacur kelas atasan ketika berada di luar negara.

Menurut sumber, si pelawak yang tidak menghadiri majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 itu sedang berada di Indonesia atas urusan kerja.

Dia dikatakan telah melakukan perbuatan terkutuk itu apabila masuk ke sebuah kelab eksklusif dari malam sampailah awal pagi!

Selain Tauke Jambu, nama pelawak, pelakon dan penyanyi Zizan Razak turut terpalit apabila dirinya dituduh sebagai pelawak dimaksudkan.

Namun menerusi temu bual di program Melodi, pelakon KL Zombi itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan.

“Tak baik buat cerita macam tu. Tujuan saya berada sana ialah menjalankan tugas-tugas saya. Secara jujurnya, saya pergi ke pusat karaoke di sana tiada pula pelacur. Yang ada hanya permainan snooker.

“Saya mengaku pergi ke pusat karaoke itu tetapi demi Allah tiada pelacur di sana,” ujarnya.

Zizan turut menafikan gosip bahawa dia merupakan individu yang meminta gambar lucah daripada wanita. Katanya, tindakan keji itu mungkin dilakukan pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai dirinya.

BACA INI JUGA: Pelawak Popular Kantoi Hantar Mesej Lucah Goda Gadis

Sumber: Mynewshub.cc

3 comments

  1. Maklumlah artis jutawan. Makin besar songehnya..

    ReplyDelete
  2. Berat dakwaan ni.. klu tak betul boleh jadi fitnah...

    ReplyDelete
  3. Orang yang mendakwa tu kena sebut nama pelawak tu tanpa bersembunyi supaya pelawak yang tak bersalah terselamat dari fitnah.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon