Suatu malam pada tahun 2007, orang ramai memenuhi sepanjang jalan. Mereka berpakaian seperti rakyat zaman dahulu kala. Angkatan panglima yang memegang tombak turut mengiringi laluan menuju ke sebuah makam.
Liza kehairanan melihat situasi seperti babak dalam filem dulu-dulu. Dia hanya mengikut langkah orang ramai. Liza kenal jalan yang dilaluinya. Ya, itu adalah jalan didalam Kampung Ekor Lubuk, tempat kelahirannya.
Para pengawal mengiringi langkah Liza sehingga sampai ke sebuah kawasan yang ada sebatang pohon sena besar. Dibawah pohon tersebut, terdapat sebuah makam lama. Di sekeliling makam pula dipenuhi dengan para panglima berpakaian seperti pahlawan zaman lampau.
Liza diiring masuk ke dalam kawasan makam yang terbuka. Bahkan, dia melihat ada seseorang yang terbaring di dalam kubur itu. Liza sempat menjengukkan kepala. Dia nampak jasad seorang lelaki terbaring. Tubuhnya besar dan tegap, memakai persalinan mewah beserta baju pelindung besi. Namun, wajah lelaki itu kurang jelas.
Kemudian, seorang panglima bersorak kepada orang ramai disitu. Tempiknya, "Pada sesiapa yang mahu melihat makam Daeng Parani, datanglah ke sini!"
Oh..jadi benarlah ini makamnya, bisik Liza dalam hati. Tiba-tiba...
"Astaghfirullah..." Liza mengucap panjang sebaik terkejut dari lena. Dia menoleh jam di dinding. Tidak lama lagi akan masuk waktu subuh.
Dalam mata yang masih terpisat-pisat, Liza termanggu sendiri. Teringat mimpinya sebentar tadi. Memang sebelum masuk tidur, Liza terlebih dahulu buat solat hajat. Dia meminta petunjuk, apakah benar makam lama dikampungnya itu adalah kepunyaan Daeng Parani, waris keturunannya?
"Benarlah, memang itu makamnya", bisik Liza sendiri. Hatinya bertambah yakin.
Susur galur
Satu ketika dulu, Liza tidak pernah ambil tahu tentang susur galur keturunannya. Nenek Liza selalu bercerita, semasa kecil, dia dan sepupu-sepupunya sering ke istana untuk bermain.
Liza hanya ketawa bila mendengar cerita itu. Sukar dia hendak percaya. Neneknya hanya tinggal dirumah buruk, tidak logik jika sering keluar masuk istana.
Keluarga Liza juga menyimpan pelbagai barangan lama seperti tembaga, peti besi, tengkolok, tempayan dan persalinan yang usianya ratusan tahun. Kebanyakannya telah hilang, dijual dan ada yang diberi pada pihak muzium.
Semasa kecil, Liza sering diberitahu ada sebuah makam lama yang terbiar dibawah pokok sena dikampung mereka. Makam yang terletak tidak jauh dari rumah keluarga Liza.
Dia diberitahu, makam itu kepunyaan Daeng Parani, pahlawan Bugis terbilang berdarah raja dari kepulauan Riau. Malah, kebanyakan yang tinggal dikampungnya kini merupakan waris-waris Daeng Parani.
Baru Liza terfikir, mengapa sebelum ini apabila bertemu orang-orang yang punya ilmu dalaman, tiba-tiba mereka mereka memanggilnya 'Puteri'. Bahkan, ada yang mengangkat sembah didepannya. Barulah Liza faham mengapa..
Siapa Daeng Parani?
Daeng Parani merupakan saudara tertua daripada lima pahlawan adik-beradik keturunan Bugis yang berasal daripada golongan raja di kepulauan Riau.
Beliau bersama saudaranya yang lain, Daeng Menambun, Daeng Marewah, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi banyak terlibat dalam sejarah kancah politik istana di Tanah Melayu, terutama di Johor, Linggi, Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah sekitar tahun 17 Masihi.
Dalam catatan sejarah ada disebut, Daeng Parani dan saudaranya dijemput Sultan Kedah (Sultan Mohamad Jiwa) untuk membantunya dalam perang perebutan takhta.
Daeng Parani berjaya dalam perang pertama mengalahkan Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kechil), namun dalam pertempuran kedua dengan Raja Kechil, Daeng Parani tewas dibedil meriam dan mangkat di Kedah. Begitu serba-sedikit yang diceritakan dalam sejarah dan buku Tuhfat Al-Nafis.
Waris Daeng Parani Diburu
Selepas kematian Daeng Parani, semua waris-warisnya terpaksa bersembunyi dan merahsiakan identiti mereka. Ini kerana ancaman bunuh oleh pihak musuh yang mahu menghapuskan keturunannya.
Raja Siak bersumpah akan memburu dan menghapuskan cucu-cicit Daeng Parani selama tujuh keturunan. Kerana itu waris-waris Daeng Parani mengangkat sumpah 'biar pecah diperut, jangan pecah dimulut', untuk merahsiakan kewujudan agar tidak diancam.
Pewaris ke 8
Sumpahan tujuh keturunan dianggap telah berakhir. Liza yang merupakan pewaris ke lapan berpendapat, tidak perlu lagi merahsiakan makam moyangnya itu. Ia perlu didedahkan terutama bagi mengumpulkan waris-waris Daeng Parani yang kini berjumlah ribuan orang dari segenap rantau.
Liza mengambil alih peranan Tok Su (waris ke 6) yang sebelum itu sudah bertahun-tahun berusaha mewartakan kubur itu sebagai makam Daeng Parani, namun belum berjaya.
Memegang peranan Setiausaha Persatuan Warisan Keturunan Daeng Parani, Liza mula menguar-uarkan kewujudan makam di Kampung Ekor Lubuk itu kepada media pada tahun 2006. Usaha itu membuahkan hasil. Para waris dari dalam dan luar negara mula berkunjung ke situ.
Atas pendedahan itu juga, Persatuan Sejarah Negeri Kedah telah mengesahkan kubur tersebut sebagai makam Daeng Parani. Bahkan kawasan kubur yang dulu terbiar telah diperbaiki dan dijaga rapi.
Hutang Bahara Emas
Memang benar, pernah disebut Sultan 'berhutang' bahara emas dengan Daeng Parani selepas dia berjaya membantu mengusir musuh.
Namun, bukan itu tujuan Liza bertungkus-lumus selama lapan tahun menjaga makam ini.
"Saya bukan mahu tuntut harta. Saya cuma mahu makam Daeng Parani diisytiharkan secara sah dan menjadi salah satu khazanah sejarah yang diwartakan. Itu saja," tegas Liza atau nama sebenarnya Roshazliza Abdul Razak yang terus setia menani pengesahan itu yang entah bila akan diperoleh.
BACA INI JUGA: Kisah Pembohongan Penjelajah-penjelajah Terkenal Dunia
-SENTIASAPANAS.COM

Makam Daeng Parani.

Alhamdulillah..akak dpt cari keyurunan akak tp umi sy confuse sehingga kini sb umi sy jg dr keturunan bugis.
ReplyDeleteSaya teringin melawat makam daeng parani....
ReplyDeleteBoleh bantu saya tak?
Zaff (0197091367)
Cuba cari warisnya di Facebook. Saya yakin tuan akan bertemu dengan mereka.:)
Deleteapa nama facebook waris ini
ReplyDeleteMaaf. Saya pun kurang pasti..:(
DeleteAlhamdulillah, sy pun luluhan dareng parani..
ReplyDeleteMemang hebat kisah ni :)
DeleteAlhamdulillah, ternyata makam beliau telah ditemui, Saya keturunan dari Daeng Parani dari Daeng Kamboja..
ReplyDeleteSekian lama menyusuri sejarah mencari dimana makam beliau..
Terima kasih atas informasi ini.. Salam saya dari Tanjungpinang, Kepulauan Riau.
Semoga memberi manfaat. :)
DeleteDikhabarkan saya juga dari jurai warisan Daeng Parani. Ninda saya A.Y. Siti Zaharah Bt Daeng Pelalu , duduk diTanjung Bidara Melaka , terdapat kubur batu nesan tercatit kepunyaan Daeng Chelak.Namun diberitahu kami keturunan jurai Daeng Parani. Harap dapat pencerahan dari Pn Liza atau Persatuan Sejarah Negeri Kedah. Wassallam
ReplyDeleteAssalamualaikum, puan. Saya salah seorang dari keturunan daeng pelalu, berasal dari Muar Johor. Mungkin kita bersaudara. Mohon hubungi saya..0177233236. Terima kasih
DeleteMohon sekiranya ada keturunan jurai Daeng Parani diNegeri Melaka , harap dapat saling menghubungi. Terima kasih Wassallam
ReplyDeleteAdakah puan mempunyai senarai nama anak Daeng Parani?
ReplyDeleteSy keturunan daeng jga sbb name depan sy daeng
ReplyDelete