Friday, April 10, 2015

Sejarah Dan Proses Pembuatan Kiswah, Kain Penutup Kaabah


Pada Ka’bah kita sering melihat adanya Kiswah iaitu kain/selimut hitam penutup Ka’bah. Tujuan pemasangan kain itu adalah untuk melindungi dinding Ka’bah dari kotoran, debu, serta panas yang menyebabkannya rosak.

Kiswah Kaabah

Selain itu kiswah juga berfungsi sebagai hiasan Ka’bah. Setiap tahun pada musim haji, tepat tanggal 9 Dzulhijjah, Kiswah diganti dengan yang baru.

Menurut sejarah, Ka'bah sudah diberi kiswah sejak zaman Nabi Ismail AS, putra Nabi Ibrahim AS. Namun tidak ada catatan yang mengisahkan kiswah pada zaman Nabi Ismail terbuat dari apa dan berwarna apa.

Baru pada masa kepemimpinan Raja Himyar Asad Abu Bakr dari Yaman, disebutkan kiswah yang melindungi Ka’bah terbuat dari kain tenunan.

Kebijakan Raja Himyar memasang kiswah yang menjadi tradisi Arab berkembang sejak zaman Ismail as diikuti oleh para penerusnya.

Pada masa Qusay ibnu Kilab, salah seorang nenek moyang Nabi Muhammad SAW yang terkemuka, pemasangan kiswah pada Ka'bah menjadi tanggungjawab masyarakat Arab dari suku Quraisy.

Nabi Muhammad SAW sendiri juga pernah memerintahkan pembuatan kiswah dari kain yang berasal dari Yaman. Sedangkan empat khalifah penerus Nabi Muhammad SAW yang termasuk dalam Khulafa al-Rasyidin memerintahkan pembuatan kiswah dari kain benang kapas.

Sementara itu, pada era Kekhalifahan Abbassiyah, Khalifah ke-4 al-Mahdi memerintahkan supaya kiswah dibuat dari kain sutera Khuz. Pada masa pemerintahannya, kiswah didatangkan dari Mesir dan Yaman.

Menurut catatan sejarah, kiswah tidak selalu berwarna hitam pekat sepertimana hari ini. Kiswah pertama yang dibuat dari kain tenun dari Yaman berwarna merah dan berlajur-lajur.

Kiswah Kaabah [2]

Sedangkan pada masa Khalifah ar-Rasyid, kiswah dibuat dengan warna putih. Kiswah juga pernah dibuat berwarna hijau atas perintah Khalifah An-Nasir dari Bani Abbasiyah (sekitar abad 16 M) dan kiswah juga pernah dibuat berwarna kuning berdasarkan perintah Muhammad ibnu Sabaktakin.

Penggantian kiswah yang berwarna-warni dari tahun ke tahun, rupanya mengusik benak Kalifah al-Mamun dari Kerajaan Abbasiyah, hingga akhirnya diputuskan bahawa sebaiknya warna kiswah itu tetap dari waktu ke waktu iaitu hitam. Hingga saat ini, meskipun kiswah diganti setiap tahun, tetapi warnanya selalu hitam.

Pada era keemasan Islam, tanggungjawab pembuatan kiswah selalu dipikul oleh setiap khalifah yang berkuasa di Hijaz, Arab Saudi.

Meskipun kiswah selalu menjadi tanggungjawab para khalifah, beberapa raja di luar tanah Hijaz pernah menghadiahkan kiswah kepada pemerintah Hijaz.

Kiswah Kaabah [3]

Dulu, kiswah yang terbuat dari sutera hitam pernah didatangkan dari Mesir yang dibiayai Kerajaan Mesir. Tradisi pengiriman kiswah dari Mesir ini dimulakan pada zaman Sultan Sulaiman yang memerintah Mesir sekitar tahun 950 Hijrah sehingga masa pemerintahan Muhammad Ali Pasya sekitar akhir tahun 1920-an.

Setiap tahun, kiswah-kiswah indah yang dibuat di Mesir itu diantar ke Makkah melalui jalan darat menggunakan tandu indah yang disebut mahmal. Kiswah beserta hadiah-hadiah lain di dalam mahmal datang bersama dengan rombongan haji dari Mesir yang diketuai oleh seorang amirul hajj.

Kiswah Kaabah [4]

Amirul hajj itu dilantik secara rasmi oleh pemerintah Kerajaan Mesir. Dari Mesir, setelah upacara serah terima, mahmal yang dikawal tentara Mesir berangkat ke terusan Suez dengan kapal khusus hingga ke pelabuhan Jeddah. Setibanya di Hijaz, mahmal tersebut diarak dengan upacara sangat meriah menuju ke Mekkah.

Pengiriman kiswah dari Mesir pernah terlambat hingga awal bulan Dzulhijjah. Perkara itu berlaku setelah meletusnya Perang Dunia I.

Melihat situasi yang kurang baik pada masa itu, Raja Ibnu Saud (penguasa Kerajaan Arab Saudi) mengambil keputusan untuk segera membuat kiswah sendiri pada tanggal 10 Dzulhijjah, kiswah lama harus diganti dengan kiswah yang baru. Usaha tersebut berhasil dengan penubuhan perusahaan tenunan yang terdapat di Kampung Jiyad, Makkah.

Setelah Perang Dunia I berakhir, Raja Farouq I dari Mesir kembali mengirimkan kiswah ke tanah Hijaz. Namun melihat pelbagai keadaan pada saat itu, pemerintah Kerajaan Arab Saudi dibawah Raja Abdul Aziz Bin Saud memutuskan untuk membuat fabrik kiswah sendiri pada 1931 di Makkah. Hingga akhirnya kiswah dibuat di Arab Saudi hingga saat ini.

Kain kiswah memiliki keunikan dan keunggulan tersendiri. Pintalan-pintalan benang berwarna emas mahupun perak bersatu merangkai goresan kalam Ilahi.

Kiswah menjadi sangat berharga, bukan hanya kerana firman-firman Allah SWT yang suci yang dipintal pada kiswah, tetapi juga kerana keindahan dan eksotisme pintalan benang berwarna emas dan perak pada permukaannya.

Perpaduan warna emas dan perak pada kaligrafi yang menghiasi kiswah tersebut memiliki nilai seni yang luar biasa. Sebab pembuatannya memerlukan skill dan bakat yang luar biasa kerana tidak semua orang mampu membuat seni seindah itu. Kiswah merupakan simbol kekuatan, kesederhanaan, juga keagungan.

Proses Pembuatan Kiswah

Kiswah Kaabah [5]
Kiswah Kaabah [6]

Kiswah pertama kali dibuat dibuat oleh seorang tukang bernama Adnan bin Ad dengan bahan dari kulit unta.

Namun dalam perkembangannya, kiswah dibuat dari kain sutera. Untuk membuat sebuah kiswah memerlukan 670 kg kain sutera atau sekitar 600 meter persegi kain sutera yang terdiri dari 47 potong kain. Masing-masing potongan tersebut berukuran panjang 14 meter dan lebar 95 cm.

Ukuran itu sudah disesuaikan untuk menutupi kubus Kabah pada keempat sisinya. Sedangkan untuk hiasan berupa pintalan emas diperlukan 120 kg emas dan beberapa puluh kg perak.

Sejak 1931, kiswah untuk menutupi Kabah dihasilkan di sebuah kilang yang terletak di pinggir kota Makkah, Arab Saudi.

Dalam kilang tersebut, pembuatan kiswah dilakukan secara moden dengan menggunakan mesin tenun moden. Di kilang kiswah dengan seluas 10 hektar itu sekitar 240 tukang pembuat kiswah.

Dalam kilang tersebut, kiswah dibuat secara pukal. Di sanalah semuanya disiapkan dari perencanaan, pembuatan gambar prototaip kaligrafi, pencucian benang sutera, penyediaan kain dasar, pembuatan benang dari berkilo-kilo emas dan perak hingga pada pemintalan kaligrafi dari benang emas mahupun perak, kemudian penjahitan akhir.

Kiswah Kaabah [7]
Kiswah Kaabah [8]

Meskipun kiswah nampak hitam jika dilihat dari luar, namun bahagian dalam kiswah itu berwarna putih. Salah satu kalimah yang tertera dalam pintalan emas kiswah adalah kalimah syahadat, Allah Jalla Jalallah, La Ilaha Illallah, dan Muhammad Rasulullah. Surah Ali Imran: 96, Al-Baqarah :144, surah Al-fatihah, surah Al-Ikhlash terpintal indah dalam benang emas untuk menghiasi kiswah.

Kaligrafi yang digunakan untuk menghias kiswah terdiri dari ayat-ayat yang berhubungan dengan haji dan Kaabah juga asma-asma Allah yang dimuliakan. Hiasan kaligrafi yang terbuat dari emas dan perak tampak berkilau indah saat terkena cahaya matahari.

Kiswah Kaabah [9]

Kerana menggunakan bahan dari benda-benda yang sangat berharga seperti sutera, emas, maupun perak, harga kiswah ini menjadi sangat mahal sekitar AS$6 juta (RM20 juta).

Sehingga setiap tahun Jawatan Wakaf Kerajaan Arab Saudi perlu menyediakan dana sekitar AS$6 juta (RM20 juta) untuk pembuatan kiswah.

Menurut sejarah, tradisi penggantian kiswah yang dilakukan setiap tahunnya sudah ada sejak masa Khalifah Al-Mahdi yang merupakan penguasa Dinasti Abbasiyah ke-IV.

Tradisi tersebut bermula ketika, Khalifah al-Mahdi naik haji kemudian penjaga Kaabah melaporkan kepadanya tentang kiswah yang pada ketika itu sudah mula rapuh dan dikhuatiri akan jatuh. Mendengar laporan itu, Al-Mahdi memerintahkan agar setiap tahun kiswah diganti.

Kiswah Kaabah [10]

Sejak itu, kiswah untuk Ka’bah selalu diganti setiap tahun pada musim haji dan menjadi sebuah tradisi yang selalu dijalankan. Dengan demikian tidak ada lagi kiswah yang keadaannya membimbangkan.

Dengan itu, kiswah hanya di gunakan selama setahun. Kiswah lama biasanya dipotong kepada beberapa bahagian dan diagihkan kepada orang kenamaan atau pertubuhan Islam.

BACA INI JUGA: 14 Rahsia Keajaiban Kaabah!

Sumber: Beritaunik.net

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon