Monday, April 06, 2015

Pemandu Teksi Didakwa 4 Tuduhan Gaduh Dengan 4 Gadis


Akibat kekasaran yang dilakukannya terhadap empat gadis dalam satu insiden pada 29 Mac lalu, seorang pemandu teksi didakwa atas empat tuduhan di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini.

Pemandu Teksi

Dalam tuduhan pertama, Azmi Mat Mokhtar, 45, didakwa menyebabkan kerosakkan kereta jenis Perodua MyVi milik Syarifah Fara Dilfa Syed Fareid, 28, di sebuah stesyen minyak di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor kira-kira jam 3.30 petang.

Manakala bagi ketiga-tiga pertuduhan berikutnya, dia dikatakan menumbuk dan menyebabkan kecederaan kepada tiga beradik iaitu Syarifah Fara Difla, Syarifah Fara Afzan, 27, dan Syarifah Fara Ryyana, 24, di lokasi dan masa sama.

Jika disabitkan kesalahan, Azmi yang didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan pertama, bakal berdepan hukuman penjara setahun dan tak lebih lima tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan mencederakan tiga gadis pula, Azmi didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara setahun, atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Namun bagi kesemua pertuduhan, Azmi mengaku tidak bersalah dan mahkamah menetapkan 23 April depan bagi sebutan semula kes.

Kejadian tersebut yang direkodkan kedua-dua belah pihak dan disebarkan di media sosial, kemudiannya menjadi viral dan menerima pelbagai reaksi dari masyarakat Malaysia.

BACA INI JUGA: Driver Teksi Nafi Berkasar, Difitnah Gadis MyVi

Sumber: Mynewshub.cc

2 comments

  1. Biarlah mahkamah yang tentukan, lagi baik kan..

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni apa jua kisah amat mudah menjadi viral. Akhirnya mengundang pelbagai tanggapan, umpatan, kejian dan sebagainya tanpa mengetahui apa sebenarnya yg berlaku. Sgt menakutkan...esok lusa kalau diri sendiri terkena macam manalah...huhu!

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon