Sejak beberapa ribu tahun lampau lagi, langit sentiasa menunjukkan fenomena yang menakjubkan. Fenomena seperti Auroras, Halos, Mirages, Arcs dan Moonbows adalah di antara fenomena yang seringkali diperkatakan.
Ia amat jarang berlaku namun hampir kesemua imej fenomena ini sudah berjaya dirakam. Namun, pernahkah anda melihat imej Swirling Star?
Swirling Star (pusaran bintang) merupakan satu fenomena yang jarang sekali dapat dilihat namun seorang jurugambar telah berjaya merakam fenomena ini di pergunungan Himalaya atau lebih dikenali dengan nama Gunung Everest.
Kejayaannya merakam gambar ini secara tidak langsung telah membuka mata ramai pihak yang sebelum ini langsung tidak menyedari kewujudan fenomena mengagumkan ini. Ia amat menakjubkan dan kelihatan seakan-akan 'Artex Paint' yang sangat indah.
Anton Jankovoy
Jurugambar berusia 23 tahun ini berjaya merakam imej tersebut setelah menghabiskan masa selama sebulan 'bertapa' di kaki puncak gunung tertinggi di dunia itu, semata-mata menunggu cuaca dan saat yang sesuai.
Anton Jankovoy dari Zhytomyr, Ukraine mengambil gambar ini menggunakan kamera Canon EOS 5D Mark II dengan lensa 24mm dengan 'Shutter' kameranya dibiarkan selama beberapa jam.
Anton akhirnya berjaya merakam imej Swirling Star yang amat menakjubkan setelah hampir tiga tahun berusaha untuk projek ini.
Imej ini kemudiannya diterbitkan dalam empat buah akhbar utama di United Kingdom, iaitu The Independent, The Telegraph, Daily Mail dan Daily Mirror sebagai media terawal yang mendapat imej ini daripada Anton.
BACA INI JUGA: 8 Panorama Alam Yang Sangat Menakjubkan
-Sentiasapanas.com

Anton Jankovoy.

betul-betul menakjubkan...
ReplyDeleteSeolah lakaran komputer padahal memang benar-benar berlaku..
DeleteIndahnya ciptaan Allah. Macam lakaran komputer yang bercahaya. Bestnya kalau dapat tengok dengan mata sendiri.
ReplyDelete