Thursday, March 26, 2015

Pilot Terkunci Dari Luar Punca Pesawat Germanwings Terhempas!


Tanda tanya tentang punca kecelakaan pesawat Airbus 320 Germanwings milik syarikat penerbangan Jerman Lufthansa masih kabur kerana ia berlaku dalam keadaan cuaca baik.

Pilot Panic

Namun menurut pakar, berdasarkan bukti dari suara perakam yang berjaya ditemui, salah seorang juruterbang gagal untuk masuk semula ke dalam kokpit setelah keluar sebentar akibat pintu terkunci.

Memetik laporan The New York Times, permulaan perjalanan tidak menampakkan sebarang masalah dan salah seorang pakar yang melakukan siasatan dari perakam, menyifatkannya sebagai ‘lancar’.

Namun demikian, pada satu masa, perakam audio berjaya merekodkan salah seorang dari juruterbang meninggalkan kokpit dan gagal untuk masuk semula.

“Individu di luar mengetuk secara perlahan, namun tiada tindak balas dari dalam.

“Dia kemudiannya mengetuk pintu itu secara kuat dan masih tiada jawapan,” ujar salah satu sumber.

Individu tersebut kemudiannya cuba memecahkan pintu untuk masuk kembali ke dalam kokpit.

Walau bagaimanapun, ketika banyak pihak mengandaikan teori tersebut bakal merungkai misteri pesawat tersebut terhempas, ia membangkitkan lebih banyak persoalan.

“Kami masih belum mengenalpasti sebab individu tersebut keluar dari kokpit. Namun pada saat-saat terakhir sebelum pesawat tersebut terhempas, kami pasti seorang lagi juruterbang hanya mengendalikan pesawat secara berseorangan dan tidak membuka pintu.”

Lantas ia menjadikan misteri tersebut semakin kompleks dan memerlukan masa untuk terjawab.

Tambahan pula, mana-mana pihak masih gagal mendapat jawapan tentang aktiviti seorang lagi juruterbang sejurus sebelum pesawat menjunam.

Pesawat malang yang dalam perjalanan dari Barcelona ke Dusseldorf, Jerman terhempas di Pergunungan Alps, Perancis hingga mengorbankan kesemua 150 penumpang termasuk kru.

BACA INI JUGA: 10 Syarikat Penerbangan Paling Selamat Di Dunia

Sumber: MYNEWSHUB.CC

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon