Monday, March 09, 2015

Pengeluaran Wang Melalui Mesin ATM Sah Dikenakan GST!


Bermula 1 April 2015 ini, sebarang pengeluaran wang di mesin ATM akan dikenakan cukai GST.

GST-mesin-ATM

Bagaimana pengiraan GST dikenakan bagi setiap pengeluaran wang dimesin ATM?

Adakah pengeluaran pada kad bank sendiri tidak dikenakan GST atau GST terpaksa dibayar bagi setiap pengeluaran di mesin ATM?

Contohnya, A pemegang kad ATM Bank Islam dan membuat pengeluaran di bank yang sama, si A tidak dikenakan sebarang bayaran GST. Bagaimana pula tu? Kan pengeluaran wang dimesin ATM akan dikenakan bayaran GST?

Sebenarnya, sebarang pengeluaran wang melalui mesin ATM di bank yang sama tidak akan dikenakan sebarang bayaran atau caj, sama seperti sebelum ini.

Menerusi kenyataan rasmi MEPS Malaysia, pengguna yang mengeluarkan duit menggunakan mesin ATM yang berlainan daripada kad bank anda akan dikenakan caj sebanyak RM1.06 termasuk cukai GST berkuatkuasa mulai 1 April 2015.

Contohnya, si A adalah pemegang kad Bank Islam, membuat pengeluaran di mesin ATM Public Bank, si A akan dikenakan caj sebanyak RM1.06 termasuk cukai GST berkuatkuasa mulai 1 April 2015. Beza berbanding sebelum ini, pengguna dikenakan caj sebanyak RM1.00 untuk setiap transaksi menerusi rangkaian MEPS.

Contohnya lagi, jika si A membuat pengeluaran sebanyak RM1,000, caj pengeluaran tetap sama iaitu RM1.06 termasuk GST dan bukannya dikenakan caj 6 peratus atau RM60.00 bagi setiap pengeluaran!

Bohong-GST

Bererti, sebarang pengeluaran memang dikenakan bayaran GST sebanyak RM0.06 sen bagi setiap pengeluaran di mesin ATM.

Bagaimanapun, cukai GST hanya dikenakan pada caj MEPS iaitu RM0.06 sen dan bukan pada jumlah transaksi.

Jadi, jika pengeluaran wang dari mesin ATM yang lain, maka akan dikenakan caj sebanyak RM1.06 Sen termasuk GST.

Manakala pengeluaran wang dari mesin ATM bank sendiri maka tiada GST.

Caj MEPS RM1.00 tersebut dikenakan oleh syarikat MEPS untuk khidmat interbank. RM0.06 sen yang akan dibayar kepada kerajaan sebagai GST.

BACA INI JUGA: Senarai Barangan Yang Dikenakan Cukai GST 2015

Sumber: Badutrakyat.blogspot.com

14 comments

  1. Lepas ni memang kena cari bank yang ada saving saja la, tak mo dah guna MEPS

    ReplyDelete
  2. ADOILAH... MASAK LAA... INI LAH RINTIHAN RAKYAT MARHAEN.. TD PEGI MARKET PUN DAH BUAT REMINDER UTK GST.. APA KALAU BELI SAYUR IKAN KENA GST JUGA KE..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayaran tu nampak sikit sebab RM1, tapi mcmcana dengan harga barangan yang beratus-ratus tu? Yang ribu? Huhu..

      Delete
    2. Sayur dan barang keperluan harian tiada GST. Boleh rujuk web kastam untuk list barang keperluan harian.

      Delete
  3. Adeh! Nak keluarkan duit sendiri pun kena gst... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya kepada penggunaan MAPS sahaja. Jika menggunakan kad bank yang sama. tiada caj GST dikenakan.

      Delete
  4. Replies
    1. Senang je nak faham.. barang yang sebelum ini cukai 5% akan naik ke 6%.. barang yg belelum ini cukai 10% akan turun ke 6%. Barang yang sebelum ini ada cukai akan di tiadakan cukai. Barang yang sebelum ini tiada cukai, akan terus tiada cukai. dan barang yang sebelum ini tiada cukai, akan dikenakan cukai 6%. Barang akan naik sedikit, turun sedikit dan stabil. BTW, kastam akan pantau jualan oleh syarikat/kedai yang daftar dengan GST..jika mereka naikkan harga walaupaun sedikit..akan didenda RM1 juta bagi pasarraya/hypermarket dan 500k kebawah bagi kedai yg daftar.

      Delete
  5. Kata gst utk org2 kaya je.. ini mcm dah tak betul ni huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. GST untuk semua yang berbelanja kecuali bagi pembelian barangan keperluan harian yang mana tiada GST.

      Delete
  6. 6 sen je pun ... utk pembangunan negara katanya ... heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul.. Baru2 ini diumumkan kenaikan elaun bagi nelayan pantai dari RM200 kepada RM300 sebulan, ini kerana pendapatan negara melalui percukaian AKAN meningkat

      Delete
  7. Aku rela dicaj RM1.06 dari kena pergi jauh.. risiko lagi. Ada apa dengan 6sen berbanding dengan kena drive lagi dan minyak lagi. Kena beratur lagi, tup2 sampai giliran tak ada duit pulak.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon