Insiden hitam yang menimpa, Jyoti Singh, seorang pelajar perubatan di India dua tahun lalu apabila dia dirogol, dibelasah dan disula sekumpulan lelaki sebelum meninggal dunia dua minggu kemudian menarik perhatian dunia dengan menyifatkan betapa kejam perlakuan tersebut kepada mangsa.
Namun, menerusi temubual eksklusif bersama portal berita BBC baru-baru ini, salah seorang suspek yang disabit bersalah dan menunggu hukuman dijatuhkan membuat kenyataan mengejutkan apabila menyalahkan mangsa berikutan serangan kejam insiden rogol dan pembunuhan itu.
Ketika ditemubual di penjara, Mukes Singh menyatakan seorang wanita yang keluar pada waktu malam perlu menyalahkan diri mereka kerana menarik perhatian golongan lelaki selain seorang wanita perlu lebih bertanggungjawab terhadap insiden rogol berbanding lelaki.
Menurutnya, kematian Jyoti ketika serangan pada Disember 2012 disifatkan sebagai satu 'kemalangan'.
“Apabila dirogol, dia (Jyoti) tidak sepatutnya melawan balik. Dia hanya perlu berdiam diri dan membiarkan dirinya dirogol.
“Selepas itu, mereka akan diturunkan dari bas itu apabila selesai merogolnya dan hanya memukul kawan lelakinya itu,” katanya dalam satu program berjudul “Storyville – India’s Daughter” yang bakal disiarkan BBC Four sempena Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac ini.
Menurut laporan media sebelum ini, ketika kejadian Jyoti bersama rakannya Awindra Pandey,28, dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum diperdaya untuk menaiki bas yang dipandu Mukes bersama lelaki lain sebelum mereka diserang.
Kedua mangsa dipukul menggunakan batang besi sebelum Jyoti dirogol berkali-kali dan kedua mereka ditemui berbogel di jalan raya.
Jyoti meninggal dunia dua minggu kemudian manakala rakannya terselamat.
Bercerita mengenai insiden itu kepada BBC, Mukes bagaimanapun tidak mengaku terlibat dalam insiden kejam itu dan mendakwa hanya menjadi pemandu bas ketika kejadian.
Namun, tuntutan dia ditolak makhamah apabila menemui bukti DNA menunjukkan bahawa dia juga terlibat dalam insiden merogol Jyoti.
“Jika bertepuk sebelah tangan, ia tidak akan berbunyi.
“Seorang gadis yang baik tidak akan keluar jam 9.00 malam.
“Lelaki dan perempuan tidak sama. Kerja rumah dan mengemas rumah adalah untuk perempuan dan bukannya berkeliaran di kelab malam dan memakai pakai yang tidak betul (seksi).
“Kira-kira 20 peratus saja daripada perempuan adalah baik,” katanya.
Mukesh turut menambah, hukuman yang dikenakan kepadanya dan perogol lain akan lebih merisikokan mangsa rogol pada masa akan datang.
“Hukuman mati akan menjadikan perkara tersebut (rogol) lebih berbahaya kepada mangsa.
“Sebelum ini, mereka akan merogol dan mendakwa akan meninggalkan mangsa.
“Namun, sekarang apabila mangsa dirogol, perogol akan membunuh gadis tersebut (untuk mengelakkan diketahui),” ujarnya.
BACA INI JUGA: Tips Untuk Gadis Seksi Elak Perogol
-Sentiasapanas.com
Mukes Singh.

apa punya pndapat bodoh macam tu...baik bagi Allah ambil nyawa dr diri drogol...
ReplyDeleteItulah manusia bodoh. Dah salah tapi tak nak mengaku..
DeleteKesianlah klu perempuat tu keluar atas sebab2 tertentu yg penting walau pun berada di tempat yg salah.. apa punya judgementlah mamat ni.. merapu.. mmg patut kena hukum pun pikir mcm tu...
ReplyDeleteMalah mendapat liputan BBC pulak tu..
DeleteTIDAK DI NAFIKAN... ADA BETULNYA... SERAM LAK LEPAS ROGOL BUNUH
ReplyDeletePeringatan ikhlas dari penjenayah..huhu
DeleteBadigol betul mamat ni.. ada otak x nak fikir betul atau salah...
ReplyDeleteada betulnya juga sebahagian dari cakap2nya tu... tapi kalau dia dihukum pancung... perogol lain akan berfikir banyak nak merogol... perlu belajar dari hukum hudud di Acheh... perogol dihukum mati tapi yang dirogol jika didapati bersalah keluar bertemu dengan lelaki bukan muhrin tanpa teman juga akan di hukum berat...
ReplyDeleteade betulnye tu Najib
Deleteurmm.. perogol tetap bersalah walauapapun alasannya namun ade point yang perlu diberi perhatian juga apa yg diperkatakan..
ReplyDeleteAaaah jgn percaya dengan penipu besar ni...itu cuma alasan gertak semata mata untuk mengelak dari dijatuhi hukuman mati..bagus di bakar saja haiwan ni dalam sangkar.
ReplyDelete