Tuesday, March 31, 2015

Kubur Nik Aziz Dipagar Elak Bida'ah


Kubur bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditutup dengan pagar tanpa pengetahuan ahli keluarganya.

Kubur Nik Aziz Dipagar Elak Bidaah

Anaknya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menjelaskan, pagar itu dibina oleh beberapa penduduk kampung dan murid Nik Abdul Aziz,

“Binaan itu telah dibina tanpa pengetahuan pihak kami keluarga. Tujuannya baik untuk mengelak beberapa perbuatan bidaah yang bertentangan ajaran Islam yang suci.

“Ia dilakukan oleh beberapa individu jahil dan rosak hati yang datang dari luar seperti mengambil tanah untuk tujuan berkat yang hakikatnya adalah sesat,” katanya dalam satu kenyataan.

Nik Mohamad Abduh berkata, keluarganya bagaimanapun tidak setuju dengan binaan di kubur tersebut dan membuat keputusan pagar itu hanya berstatus ‘sementara’.

“Ia akan dipindahkan dalam tempoh terdekat. Kubur ayahanda akan kekal dengan sunnah nabawiyah. Tanpa binaan selain batu nisan,” katanya.

Semalam tersebar sekeping gambar yang menunjukkan sebuah kubur dipercayai kubur Allahyarham Nik Aziz dipagari besi berwarna hijau.

BACA INI JUGA: Hadis Palsu Dalam Kitab Ihya Ulumuddin Imam al-Ghazali

Sumber: Mynewshub.cc

1 comment

  1. nape laa de manusia yg nk amik tanah untuk berkat pulak....adehhhh....ajaran mana laa ni

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon