Tuesday, March 10, 2015

‘I Want To Touch A Dog’ Terbaru Di Penang!?


Bertempat di Penang Times Square, telah berlangsung satu program seakan-akan ‘I Want To Touch A Dog’ yang pernah mencetuskan kontroversi hebat satu ketika dahulu.

Be A Paw Walker

Program yang dinamakan ‘Be A Paw Walker’ anjuran pertubuhan bukan kerajaan Opt To Adopt ini dikatakan bertujuan memfokuskan kepada penjagaan anjing sebagai haiwan peliharaan.

Dalam satu gambar, kelihatan seorang gadis muslim yang bertudung litup, memegang erat sambil bergambar dengan seekor anjing.

Nampaknya akak ini tidak mengikuti secara dekat atau membaca laporan yang dikupas ketika program IWTTAD mencetuskan polemik tahun lalu.

Jika tidak, tentu dia tahu bahawa adalah haram hukumnya untuk saja-saja memegang binatang yang dikategorikan sebagai najis mughallazah walaupun boleh disertu selepas itu.

Ini dijelaskan sendiri oleh bekas Mufti Johor Datuk Nooh Gadut yang berkata, adalah haram untuk seorang Muslim sengaja menyentuh anjing tanpa sebab kerana haiwan itu dikategorikan dalam najis berat menurut ajaran mazhab Imam Shafie dan Hanbali, bagi menjawab persoalan hukum ketika program IWTTAD hangat diperkatakan dahulu.

Be A Paw Walker [2]

Sebagai pencerahan, anjing merupakan salah satu makhluk Allah dan Islam tidak pernah memandang keji haiwan ini.

Namun, hukum hakam agama yang sudah menggariskan bahawa anjing tidak boleh disentuh sesuka hati tanpa sebab kukuh mestilah dipatuhi.

Jika dibuat juga, ianya samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya.

BACA INI JUGA: Air Liur Anjing Penyebab Kanser Payudara!

Sumber: Mynewshub.cc

2 comments

  1. Ini lagi satu...tak habis2 buat benda ngarut...pi Masjid blaja kitab, dengar kuliyah Agama tak mahu...kan lebih baik dr pegang anjing pi pegang kepala anak2 yatim...aper lah nak jadi manusia akhir zaman nie...

    ReplyDelete
  2. Mengarut betullah benda2 mcm ni...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon