Gambar dua warga Malaysia yang terlibat dengan kumpulan militan IS dan muncul dalam rakaman video penggal kepala seorang rakyat Syria telah dikenal pasti.
Dua pemuda terbabit dikenali sebagai Mohd Faris Anuar, 20, dari Gurun, Kedah dan Muhamad Wanndy Muhamad Jedi, 26, dari Durian Tunggal, Melaka.
Identiti mereka berdua disahkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Pengganas, di Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berdasarkan klip video yang dimuat naik di laman sosial Facebook milik seorang individu menggunakan nama Abu Hamzah Al-Fateh.
Ayub Khan berkata, video berkenaan merupakan rakaman pertama yang diperoleh PDRM setakat ini, menunjukkan kehadiran rakyat Malaysia di lokasi kejadian.
Mohd Faris yang dipercayai merakam video terbabit didapati telah ke Syria pada 23 September tahun lepas, manakala Muhamad Wanndy yang berada di sebelah mayat disembelih dikenal pasti baru tiba di Syria pada 26 Januari lalu.
Akaun Facebook memaparkan video tersebut bagaimanapun sudah tidak lagi aktif.
BACA INI JUGA: Mayat Pejuang Syria Yang Masih Segar!
Sumber: Mynewshub.cc

Dalam ketegasan kita menghalang rakyat utk pergi, ada juga yg terlepas... mmg tak balik lagilah rasanya.. wallahualam..
ReplyDeleteSP tak tau nak komen apa. Susah nak cakap. Cuma dikala dunia barat asyik mencari punca kesalahan orang Islam, perbuatan begini mungkin akan mendatangkan bahaya lebih besar kepada umat Islam.
DeleteMemang menakutkan bila tengok video kekejaman IS ni...ngeri
ReplyDelete