Cuba anda bayangkan, ketika anda sedang menaiki roller coster di sebuah taman tema. Ketika roller coster itu bergerak, ia terus meluncur dengan laju dan ada kalanya ketika ia menjunam ke bawah, membuatkan anda rasa kecut perut.
Itu belum lagi ketika ia bergerak ke kiri dan ke kanan. Ketika itulah anda pasti rasa loya dan pening kepala. Silap haribulan anda sendiri mungkin termuntah!
Setelah penat bergembira, kita akan terus meninggalkan taman tema tersebut tanpa memikirkan sisa muntahan yang kita buang tadi.
Tetapi, pernahkah anda terfikir siapakah yang akan membersihkan muntah-muntah menjijikkan tadi?
Sebenarnya di Eropah, terdapat satu pekerjaan yang dikenali sebagai pemungut muntah. Mungkin bunyinya seperti pekerjaan yang menjijikkan, tetapi ia adalah pekerjaan yang benar-benar wujud dan ditawarkan kepada orang ramai.
Namun, iklan jawatan kosong tersebut hanya terpapar di dada-dada akhbar tempatan negara tersebut.
Namun begitu, tiada siapa yang sanggup mengisi kekosongan jawatan tersebut.
Menurut Mike Vallies pengurus di pusat taman tema Thorpe, Englandland, pihak pengurusan menghadapi masalah membersihkan sisa muntah yang dibuang merata tempat oleh pengunjung.
Disebabkan sisa muntah yang menjijikkan dan baunya yang meloyakan membuatkan ramai orang tidak sanggup untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.
Jika dilihat kriteria yang perlu ada untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai pemungut muntah, sebenarnya tidaklah terlalu teruk. Pekerja cuma perlu bertahan dengan situasi kerja yang agak menjijikkan.
Sebenarnya, tugas sebagai pemungut muntah cukup mudah. Setiap hari tugasnya hanya perlu membersihkan sisa muntah yang ditinggalkan oleh pengunjung.
Walaupun begitu perlu diingat, walaupun tugasnya cukup mudah tetapi ia sangat mencabar emosi.
Setakat ini, tidak ada syarat wajib yang perlu dipatuhi oleh calon-calon yang berminat untuk mengisi jawatan tersebut dan ia terbuka kepada sesiapa sahaja sama ada lelaki mahupun wanita.
Apa yang penting, calon-calon tersebut mestilah seorang yang boleh menahan sisa buangan daripada perut manusia tersebut.
BACA INI JUGA: Sungai Paling Ngeri Dan Menjijikkan Di Dunia!
-SENTIASAPANAS.COM

Kalau gaji saya sejuta sebulan saya ambil kot kerja tu. kalau setakat lima ribu je, tak nak saya kerja. hahaha
ReplyDeleteKalau sejuta, cuci 'taik' pun SP sanggup..hehe
DeleteKalau dah tak ada kerja sgt boleh je ambil kerja tu sebagai pengalaman.. yg penting pendapatan tu halal kan.. :)
ReplyDeleteWalhal sgt lumayan walaupun agak menjijikkan..
DeleteKalau dah terdesak...mungkin sanggup kot. Pasti lumayan gajinya!
ReplyDeleteYg penting, kerja halal...