Empunya nama Sufiah Yusof suatu ketika dahulu pernah mengejutkan perhatian dunia dengan kepintaran luar biasa yang dimiliki hingga berjaya mencatatkan rekod sebagai pelajar termuda memasuki Universiti Oxfard seawal 13 tahun.
Malangnya, pada tahun 2008 nama wanita genius Matematik itu sekali lagi menjadi bualan ekoran terpalit dengan kontroversi penglibatannya dalam dunia pelacuran.
Bagaimanapun, Sufiah yang menghilangkan diri daripada bertemu media berjaya dijejaki oleh kru Nona TV3 di sebuah hotel di Liverpool yang telah disiarkan petang semalam.
Bercerita detik hitam dalam hidupnya, Sufiah akui pengalaman lepasnya telah banyak memberi pengajaran buatnya untuk meneruskan kehidupannya kini.
“Kegagalan dan pengalaman pahit yang saya alami banyak memberi pengajaran. Saya juga dapat menanganinya dengan baik.
“Ia membuatkan saya lebih matang. Biarpun tertekan tapi ia menyedarkan saya untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan sebenar,” katanya.
Luahan Sufiah kepada wartawan Haliza Hashim Doyle amat menyentuh hati apabila dia akui dirinya bukan lagi insan yang pintar meskipun pernah memasuki Universiti Oxford.
“Saya tidak lagi pintar, tidak ada wang dan sedang mencari kerja. Saya juga masih belajar secara sambilan di sebuah universiti,” katanya yang tidak memaklumkan di mana dia kini sedang melanjutkan pelajaran.
Bagaimanapun, Sufiah mendedahkan hasrat hatinya suatu hari nanti untuk memberi sumbangan dalam aspek penyelidikan menggunakan kepakaran yang masih ada dalam bidang Matematik.
“Mungkin saya ada kepandaian dan kepakaran dalam Matematik. Saya berharap dapat memberi sedikit sumbangan daripada aspek penyelidikan dan dapat meninggalkan legasi berkaitan Matematik.
“Apapun saya perlu meneruskan pembelajaran,” katanya.
Sementara itu pendedahan Sufiyah ketika menjadi pekerja seks nyata mengejutkan.
“Saya berhenti selepas diburu, diganggu dan diugut oleh media di Britain. Saya pernah dirakam secara rahsia oleh wartawan di sini (Britain), yang menyamar sebagai pelanggan.
“Gambar saya sebagai pekerja seks turut dipapar. Ada antara mereka yang cuba memberi dadah dan menyuruh saya menanggalkan pakaian supaya mereka dapat merakamkan aksi ketika di atas katil.
“Itu adalah pengalaman paling menakutkan dalam hidup saya dan tidak masuk akal apabila hampir setiap hari menerima e-mail berunsur ugutan hanya semata-mata untuk menemuramah saya,” katanya.
Tambahnya, dia menghargai mereka yang masih mengambil berat dan memberi sokongan kepada.
Sufiah yang gagal dalam perkahwinannya bersama Jonathan Marshall yang juga penuntut jurusan Undang-undang di Universiti Oxford ketika usianya 19 tahun adalah detik-detik permulaan dirinya yang terjebak dalam industri seks ekoran tekanan dan kesempitan hidup.
Kita doakan moga Sufiyah tabah menjalani hidupnya seperti biasa.
BACA INI JUGA: Luarbiasa! Lelaki Yang Mampu Mengingati Segala-galanya!
Video Temu Bual Sufiah Yusof
sumber: mynewshub

Masih ada jalan dan peluang untuk beliau... semoga Sufiah mendapat petunjuk untuk menjadi suluh perjalanan hidupnya akan datang
ReplyDeletecekap wartawan tv3 buat kerja .. boleh jejak..
ReplyDeleteSetiap insan layak mendapat peluang kedua.. ada lagi yg lebih teruk dan tak mahu sedar. Baguslah sekurang2nya dia sedar. Semoga dipermudahkan kehidupan beliau kearah yg lebih baik... aamiin...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteIbu bapa harus ambil iktibar...terlalu mendera dan mendesak anak untuk berjaya perlu ada hadnya...soalnya adakah kejayaan anak itu sebenarnya baik untuk anak ataupun untuk menunjuk ego si ibu dan bapanya?
ReplyDelete