Wednesday, February 25, 2015

Pelajar Kolej Sah Dibunuh Dalam Tandas Pejabat Daerah Keningau


Tanda tanya mengenai punca kematian seorang penuntut kolej yang mayatnya ditemui berlumuran darah di dalam tandas Bangunan Pejabat Daerah Keningau, terjawab apabila bedah siasat dilakukan mendapati dia dibunuh.

Sairah Fitri Tifanus

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Douglas Nyeging Taong berkata, hasil bedah siasat dilakukan terhadap mayat Sairah Fitri Tifanus, 20, menemui dua kesan tikaman di tengah dada mangsa.

“Terdapat kesan tusukan benda tajam sedalam lima sentimeter selain kesan koyak pada baju mangsa.

“Bagaimanapun, keadaan mangsa masih berpakaian lengkap dan tiada kesan pergelutan di sekitar tempat kejadian," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, mangsa yang menetap di Kampung Durok, Keningau, ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah oleh rakan sekerjanya ketika memasuki tandas di tingkat dua bangunan itu.

Mangsa yang juga penuntut sebuah kolej di Selangor menjalani latihan amali di Unit Pelesenan Pejabat Daerah Keningau sejak tiga bulan lalu.

Mangsa yang tiba di bangunan tersebut pada pukul 8 pagi dikatakan telah ke tandas tanpa sempat memulakan latihan.

Bagaimanapun rakannya yang curiga dengan keadaan mangsa telah cuba memanggil gadis itu selama setengah jam sebelum terlihat darah.

Tindakan sebar gambar Sairah aibkan keluarga

Ahli keluarga pelajar kolej yang dibunuh, meminta agar penyebaran gambar mangsa terutama menerusi laman media sosial dan aplikasi seperti Whatsapp, dihentikan segera.

Mereka nyata kesal dengan sikap tidak sensitif segelintir pihak yang menyebarkan gambar mangsa di tempat kejadian kepada umum tanpa memikirkan perasaan ahli keluarganya.

Seorang ahli keluarga terdekat Rosdee Razali berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu perlu dihentikan dan berhenti daripada membuat pelbagai andaian, sebaliknya menunggu siasatan polis berhubung kejadian itu.

“Pelbagai andaian dan penyebaran gambar orang ramai di laman sosial mengenai kejadian itu bukan sahaja mengganggu siasatan pihak polis akan tetapi turut mengaibkan seluruh ahli keluarga mangsa,” katanya.

Difahamkan, gadis tersebut sebelum ini telah dipaksa berkahwin.

BACA INI JUGA: Cinta Berakhir Di Kerongkong Syaitan

-SENTIASAPANAS.COM

3 comments

  1. aduhai kesiannya... kalau betullah dia bunuh diri, alangkah malangnya dia dan keluarganya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Polis sudah sahkan gadis ni kena bunuh. Rasanya pejabat daerah keningau ni tiada cctv..

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon