Tayar merupakan bahagian yang paling penting pada setiap kenderaan. Tayar adalah satu-satunya bahagian yang menghubungkan antara kenderaan dan permukaan jalan.
Justeru itu, setiap pemilik kenderaan perlulah memahami asas keselamatan dan pengetahuan mengenai tayar kenderaan mereka. Setiap tayar kenderaan dibekalkan dengan maklumat spesifikasi dan keselamatan pada dinding tayar tersebut.
Contohnya, seperti tarikh pembuatan, index berat, index kelajuan dan tanda amaran kehausan pada tayar.
Berapa ramai antara kita sedar akan maklumat ini? Jarang sekali kita bertanya perkara-perkara ini kepada penjual tayar ketika kita mahu mengganti tayar kenderaan kita.
Ramai pengguna di Malaysia tidak menyedari akan amaran ini pada tayar dan mereka berpendapat tayar hanya perlu diganti apabila bunganya sudah tiada atau dalam erti kata lain apabila tayar itu sudah botak.
Tidakkah mereka sedar bahawa penggunaan tayar sehingga botak sudah melepasi tanda paras amaran dan keadaan ini bakal mengundang bahaya pada mereka.
Tips mengesan kehausan tayar kereta
Untuk pengetahuan semua, apabila tayar sudah melepasi tanda paras amaran kehausan, tayar sudah tidak lagi mampu untuk memberi cengkaman pada setiap perjalanan dan ini boleh menyebabkan kenderaan hilang kawalan ketika memandu.
Pada kenderaan yang menggunakan sistem keselamatan ABS, keadaan tayar yang botak boleh menyebabkan kenderaan akan berhenti dalam jarak yang jauh ketika membuat brek kecemasan.
Kehausan tayar boleh terjadi atas beberapa faktor seperti penjajaran yang tidak betul, kerosakan penyerap hentak, permukaan jalan yang tidak elok/rata, cara pemanduan yang kasar, kerap membrek secara kuat atau pemanduan aggresif yang boleh menyebabkan tayar haus secara tidak sekata.
Bagi tayar yang botak secara sekata pula adalah perkara biasa. Ia bergantung kepada jenis pacuan kenderaan.
Kereta pacuan hadapan akan mengalami kehausan tayar hadapan dengan lebih cepat.
Tarikh Pembuatan Tayar
Tarikh pembuatan juga adalah satu elemen yang penting yang perlu dititikberatkan oleh pengguna kenderaan ketika membuat pembelian tayar.
Kebanyakan pengilang tayar yang menghasilkan tayar hanya memberi jaminan ketahanan pada tayar antara 3-4 tahun sahaja.
Apabila ia melebihi tempoh yang dibenarkan, ia boleh mengundang bahaya seperti keretakan pada permukaan tayar dan tidak lagi mencengkam di jalan dengan sempurna kerana disebabkan oleh bahan getah yang sudah luput dan mengeras pada tayar.
Jadi berhati-hatilah memilih dan membeli tayar terpakai yang mudah didapati di pasaran.
Bagaimana handak mengetahuinya?
Cuba lihat nombor seperti diatas (*1709*). Ada tanda asterisk pada permulaan dan hujung serial nombor ini (sesetengah tiada tanda asterisk).
2 digit pertama akan memberi tahu kita minggu ke berapa dalam tahun tersebut tayar ini dibuat (Dalam setahun kita ada 52 minggu).
Dua digit terakhir pula mewakili tahun tayar ini dibuat. Oleh itu, jika *1709* ia akan menunjukkan tayar ini dibuat pada minggu ke 17 dalam tahun 2009 iaitu bersamaan bulan April 2009.
Jadi sekirannya jaminan ketahanan pada tayar adalah antara 3-4 tahun, maka anda boleh mengagak atau membuat kiraan bila tarikh luput tayar tersebut.
Contohnya di sini, tayar ini akan luput pada April 2012 atau 2013. Sekiranya anda berjumpa ada kedai yang menjual tayar luar biasa murahnya, anda pastikan tarikh luput tayar tersebut. Mungkin tayar tersebut sudah hampir tarikh luput atau sudah pun luput.
Apa erti kod pada sisi tayar kenderaan kita?
Contoh maklumat pada permukaan sisi tayar: 175/70R13/82H
Senarai Kod
Berat Tampung Maksima Tayar
Setiap tayar yang dihasilkan dibekalkan dengan berat maksima yang boleh ditampung oleh setiap tayar. Apabila kenderaan kita melebihi berat tayar yang dibenarkan, ini boleh menyebabkan kenderaan terbabas dan risiko tayar meletup ketika pemanduan adalah tinggi.
Fahami Kelajuan Dibenarkan
Kelajuan setiap tayar adalah berbeza mengikut spesifikasi masing-masing dan adalah dinasihatkan kepada para pengguna kenderaan untuk memahami dahulu kelajuan yang dibenarkan oleh pengilang pada setiap tayar mereka.
Amat penting sekali mamahami kelajuan tayar kenderaan anda bagi mengelakkan sebarang kegelinciran tayar pada kelajuan yang melebihi spesifikasi yang dibenarkan dan keadaan ini boleh menyebabkan kenderaan anda hilang kawalan.
Semoga memberi manfaat dan dapat menambah pengetahuan anda semasa membeli tayar kenderaan anda.
BACA INI JUGA: Pilihan Model Kereta Kecil Terbaik Di Malaysia
Sumber: Iswadykamas
Gambar hiasan.

- Lebar permukaan bawah tayar: 175 mm
- Lebar permukaan sisi tayar: 70 mm
- Jejari: R
- Diameter rim: 13 inci
- Indeks muatan dan symbol kelajuan: 82H
- Indeks muatan 82: Tayar itu boleh menampung muatan 475 kg
- Simbol H: Kelajuan maksimum dgn tayar tersebut ialah 210 km/h
Senarai Kod
- S - 180 km/j
- T - 190 km/j
- U - 200 km/j
- H - 210 km/j
- V - 240 km/j
- Z - Melebihi had laju 240 km/j
- W - 270 km/j
- Y - 300 km/j
- ZR - Untuk tayar yang mengatasi kelajuan 270 km/j keatas
Berat Tampung Maksima Tayar
Setiap tayar yang dihasilkan dibekalkan dengan berat maksima yang boleh ditampung oleh setiap tayar. Apabila kenderaan kita melebihi berat tayar yang dibenarkan, ini boleh menyebabkan kenderaan terbabas dan risiko tayar meletup ketika pemanduan adalah tinggi.
Fahami Kelajuan Dibenarkan
Kelajuan setiap tayar adalah berbeza mengikut spesifikasi masing-masing dan adalah dinasihatkan kepada para pengguna kenderaan untuk memahami dahulu kelajuan yang dibenarkan oleh pengilang pada setiap tayar mereka.
Amat penting sekali mamahami kelajuan tayar kenderaan anda bagi mengelakkan sebarang kegelinciran tayar pada kelajuan yang melebihi spesifikasi yang dibenarkan dan keadaan ini boleh menyebabkan kenderaan anda hilang kawalan.
Semoga memberi manfaat dan dapat menambah pengetahuan anda semasa membeli tayar kenderaan anda.
BACA INI JUGA: Pilihan Model Kereta Kecil Terbaik Di Malaysia
Sumber: Iswadykamas
Mmg perlu kita tau ni demi keselamatan.. thanks sharing SP
ReplyDeleteKalau kita dah tahu senanglah nak berurusan dikedai tayar..
Deletebagus
ReplyDeletehuhu, sekarang ni dah ada banyak jenis tayar dalam market tau
ReplyDeletelagipun kamu pergi ke depot untuk tukar tayar kadang kadang foreman pun xbagitau ynag mana satu jenis tyre yang berkualiti dengan harga yang berpatutan..jadi aku nak bagi tau brand tayar yang bernama Viking tu xmahal lagipun menpunyai ciri kualiti yang beryakinan untuk kereta pengguna
viking tayar? aku kali pertama dengar brand ni..
Deletebolehkah share lebih detail tentang viking tayar ni..
viking tayar suitable untuk semua jenis kereta keh?
@ sherry, dari mana kamu tau viking tayar ni? foreman yang bagi tau keh? jadi viking tayar ni yang satu jenis ekonomi punya tayar dan kualiti viking tayar ni macam mana?tapi yang aku tahu ada banyak jenis ekonomi tayar tapi kualiti yang agak xbagus tau..
ReplyDeletegrr, better survay baik2 sblm beli ..sbb aq n baru beli tayar hankoook ..mmg tak uas ati tau ..rugi je duit aq ni :( mmbr aq gitau hankook ni ok so aq pon cuba beli guna tapi gi aq ni mmg tak uas ati ..skrg tgk cari tayar laen plak .
ReplyDelete@joy yap, u dah pernah pakai viking ni ke? biasa tengok org pakai utk kereta kecil je. tak taulah blh pakai utk kereta besar jugak ke?
ReplyDelete@syed berdasarkan pengalaman aku, aku rasa viking tayar ni memang ok untuk digunakan lagipun harga tayar ni murah
Deleteviking tayar ni sesuai untuk pemandu kereta yang ada budget untuk menukar tayar mereka..tapi kmau boleh try guna
Terima kasih kerana sudi memeberi panduan yang begitu teliti.Skrg baru tau nombor ka tayar tu utk apa. Haha.Lain kali tukar tayar kena berwaspada~
ReplyDeleteViking, Continental, tayar ada byk jenama juga.Yg mana satu paling bermutu dan berbaloi? Sebab dah letih tukar jenama tiap tiap kali
ReplyDeletehmm,viking tayar ialh satu jenis economy tayar tapi kualiti tayar viking pun xkalah jika berbanding dengan tayar yang berjenama tau sebab viking tayar ni mengandungi perlimdungan yang boleh dipercayai oleh pengguna semasa di atas jalan raya
Deleteactly viking ni agar famous jugak lar, sbb org kata jnma ni even price tak mahal tapi qulity baik juga....so takyah lar beli tayar2 yg 2nd hand lepas tu pening kt situ kan blh beli jnama ni ...ok je ...aq pon guna viking pon
ReplyDelete@Joy Yap
ReplyDeletecuba lar guna viking...aq ni guna viking pon..ok je ..viking ni mmg bkn jnma premium tapu performance tu mmg memuaskan ati ...cuba guna je ...
@PinkyLover tyr Viking ni mcm tayar pilihan alternatif gi mereka yang tidak mampu beli tayar Conti n lagi pon performance vikin ni bole lar ckp mcm brand lain juga mana smua org bole cuba guna ..
ReplyDelete