Pasti ramai tertanya-tanya siapakah wanita dalam gambar yang viral di bawah yang dilihat khusyuk melaksanakan perintah Allah SWT tetapi di sebelahnya terdapat sebuah keranda dengan bunga berbentuk salib di hadapannya.
Tinjauan mendapati, keranda itu sebenarnya menempatkan jasad artis Indonesia, Rinto Harahap yang meninggal dunia pada 9 Februari lalu di Singapura selepas menderita sakit kanser tulang dan angin ahmar.
Mendiang yang beragama Kristian menikahi wanita muslim bernama Lily Kuslolita.
Seperti yang kita faham, Indonesia membenarkan perkahwinan antara Muslim dan Kristian (yang ditafsir sebagai ahli kitab di sana) tanpa mana-mana pasangan perlu menukar agama masing-masing.
Wanita bertelekung yang sembahyang di sebelah Rinto adalah isterinya itu.
Meninggal dunia pada usia 65 tahun, gambar di atas diambil sebelum mendiang dibawa ke tanah perkuburan bagi disemadikan.
Mendiang merupakan seorang daripada anggota kumpulan pop The Mercy’s yang terkenal di Indonesia dan Malaysia pada 1970-an.
BACA INI JUGA: Professor Fizik Berjaya Merungkai Rahsia Solat Berjemaah
Sumber: Mynewshub.cc

AHLI KITAB DAH TAK RELEVAN ZAMAN SEKARANG NI, PELIK .. ADA YG MASIH MENGAMALKANNYA..
ReplyDeleteDisana sememangnya macam-macam ada..
DeleteKuat pegangan liberal diaorang ni
ReplyDeleteyang saya nampak dalam gambar tu ialah wanita yang solat... solat perkara besar dalam islam jadi alhamdullilah dia masih mendirikan tiang agama... soal boleh atau tidak dia berkahwin ahli kitab terserah kepada pegangan masing2... saya pernah diberitahu Syaidina Umar, sahabat ahli syurga pernah solat di dalam gereja ketika menawan Palestin... carilah kebaikkan supaya kebaikkan juga yang masuk dalam hati kita...
ReplyDeleteSaya tak pertikai yang dia solat tapi saya pertikai yang dia kahwin tanpa suami dia tukar agama. Jelas salah dalam Islam dan jelas dia berzina sepanjang dia kahwin dengan.lelaki tu. Semoga Allah ampuni segala dosa dosa dia
ReplyDelete