Kematian ngeri penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang, Nursyuhada Johari, 20, masih menjadi sesuatu yang mengemparkan negara.
Walapun lelaki yang dikatakan bertanggungjawab melakukan jenayah itu telah ditahan pihak berkuasa, namun episod untuk keadilan dapat ditegakkan masih lagi jauh.
Kita semua mahu lelaki tersebut dibawa ke tali gantung secepat yang boleh namun ia tidak akan berlaku dengan pantas kerana masih ada proses perbicaraan mahkamah yang perlu dilalui.
Seperti kes-kes lain yang mendapat perhatian ramai, kes Nursyuhada juga tidak terlepas dari menjadi buah mulut jahat sesetengah manusia.
Khabar dan perkara yang tidak sihat juga disebarkan pihak tertentu yang boleh dikatakan sama tahap sakit otak mereka dengan lelaki yang mengelar Nursyuhada itu.
Atas kesedaran agar jangan ada lebih banyak khabar kurang sihat bertebaran, ahli jawatankuasa sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Muslim Care tampil membuat penjelasan mengenai siapa adik Nursyuhada.
“Dimaklumkan bahawa seorang adik yang terbunuh semalam adalah seorang yang baik, cemerlang peribadi dan antara individu yang menjadi sukarelawan Muslim Care ke Kelantan 2 minggu lepas.
“Alhamdulillah sepanjang misi CUCI dan serah sumbangan, arwah dan rakan-rakannya sangat bersemangat dan berharap akan bersama sekali lagi untuk misi-misi akan datang.
“Saya memohon untuk kita sentiasa bercakap yang baik walaupun terdapat pelbagai spekulasi melalui media arus perdana atau media baru.
“Selaku AJK Muslim Care, yang mengatur perjalanan sukarelawan daripada utara ke pantai timur, saya sangat terkesan dengan pemergian adik Nursyuhada dan berharap agar kita semua mendoakan yang terbaik buar adik arwah Nursyuhada,” katanya melalui kenyataan di sebuah media sosial.
Kesungguhan dan baris cerita yang disampaikan dengan jelas memperlihatkan ketinggian budi pekerti dan kebaikkan dalam jiwa adik Nursyuhada.
Sudah pasti jasa Allahyarhamah ketika di Kelantan diingati semua yang sempat merasanya.
Hakikatnya, Nursyuhada masih muda dan perjalanan hidupnya masih jauh.
Cuma takdir menentukan ada mangkuk ayun gila mana entah yang pada satu petang tanpa berfikir panjang mengambil keputusan akal singkat untuk meragut nyawa budak itu!
Apa pun, pada masa yang sama, marilah kita menyedekahkan al-fatihah untuk adik Nursyuhada yang menjadi mangsa seorang lelaki gila.
BACA INI JUGA: Elisa Lam, Kematian Misteri Di Hotel Cecil
Sumber: Mynewshub.cc

sesenang aja bunuh anak org.. yg paling saya marah tu siap kembali amik phone kat kete kendian siap tanya tak mampos lagi ke? hamboi sedap nye bahasa .. cuba bayangkan org yg di kelar tu adik sendiri, kakak sendiri atau ibu sendiri, gamak ke nak tanya begitu....
ReplyDeleteSangat menyakitkan hati kan. Semoga sipembunuh ni mendapat balasan setimpal..
DeletePembunuh gila macam ni...memang patut di hukum seberat beratnya...
ReplyDelete