Friday, January 02, 2015

Ujian Berat Hanya Untuk Insan Yang Hebat


Suatu ketika, Imam Syafi’i pernah ditanya oleh seseorang, “Mana yang lebih hebat bagi seseorang, antara dikukuhkan (dimenangkan) atau diberi ujian.” Lalu Imam Syafi’i menjawab, “Ia tidak dikukuhkan sebelum diberi ujian” (Ibnu Al-Qayyim: 283).

Ujian

Demikianlah sunnatullah terjadi kepada orang-orang hebat di sisi Allah SWT. Mereka tidak diberikan kemenangan sebelum diuji dengan ujian yang berat. Rasuulullah SAW bersabda:

“Manusia yang paling dahsyat cubaannya adalah para anbiya’ kemudian orang-orang serupa lalu orang-orang yang serupa. Seseorang itu diuji menurut ukuran keimanannya. Jika imannya kuat, maka cubaannya pun dahsyat. Dan jika imannya lemah, maka ia diuji menurut imannya” (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Lihatlah kisah Nabi Nuh a.s. yang telah menggunakan segala cara, siang dan malam, untuk meyakinkan kaumnya agar bertaubat kepada Allah.

Jika dakwah itu dilakukan dalam jangka masa yang singkat, mungkin ramai orang mampu melakukannya. Akan tetapi Nabi Nuh menjalankan dakwahnya selama beratus-ratus tahun.

Bahkan beliau dipanjangkan usianya oleh Allah SWT sehingga 950 tahun lamanya. Demikianlah ujian berdakwah yang dahsyat, untuk orang hebat, sehebat Nabi Nuh yang termasuk dalam kategori Rasul-rasul Ulul Azmi.

Kisah tiga orang Nabi dan ash-habul qaryah dalam surah Yasin dalam berdakwah kepada kaumnya juga menjadi teladan yang luar biasa.

Ada pengorbanan berdarah dari salah seorang pengikut yang mengikuti ajaran tiga Nabi tadi. Orang tersebut dengan lantang membela tiga Nabi tersebut dengan untaian kata yang penuh makna. Hingga berakhir dengan tindakan keras dari kaumnya, yang membawa kepada kematian pengikut tersebut. Dengan demikian sudah cukup bagi Allah untuk memenangkan tiga orang Nabi tersebut.

Walaupun kaumnya tidak beriman saat itu, tetapi kisah tersebut menjadi inspirasi bagi setiap perjuangan dakwah, hingga yaumil qiyamah. Kemenangan tidak semestinya terjadi selepas perjuangan berdarah. Kemenangan adalah ketika sebuah peristiwa menjadi inspirasi bagi orang-orang hebat setelah itu.

Nabi Yusuf juga mengalami ujian dahsyat berupa kematian. Itulah yang terjadi pada Yusuf saat saudara-saudaranya melakukan konspirasi untuk melakukan pembunuhan terhadap Yusuf.

Walaupun konspirasi pembunuhan tersebut kemudian berakhir dengan sebuah kesepakatan di antara mereka sendiri, bahawa Yusuf hanya dibuang ke dalam perigi, itu sendiri adalah suatu ujian yang dahsyat.

Belum lagi ujian dahsyat yang dialami Yusuf ketika beliau difitnah oleh isteri majikannya, yang menyebabkan Yusuf dimasukkan kedalam penjara, walaupun dia tidak bersalah.

Bertahun-tahun Nabi Yusuf di dalam penjara, hingga datangnya mimpi Sang Raja yang hanya dapat ditakwilkan oleh Yusuf. Selepas Raja mengetahui kelebihan Yusuf, maka Yusuf dipanggil dan dinobatkan sebagai salah seorang menteri raja.

Jangan pernah kita hanya melihat jawatan tinggi Yusuf saja. Namun juga harus melihat ujian dahsyat sejak kecil hingga saat dia dilepaskan dari penjara dan diberikan jawatan tinggi dalam kerajaan.

Jika orang-orang hebat tersebut mendapat layanan keji secara fizikal dan mental, jangan dianggap bahawa mereka tidak diuji dengan cubaan bunuh terhadap mereka oleh kaumnya sendiri.

Siapapun yang menelaah sejarah Rasulullah SAW, tentu dapat menyimpulkan bahawa Rasulullah SAW selalu mendapat ujian berat secara mental melalui tuduhan seorang penyair, tukang sihir dan orang gila.

Juga apabila kabilah Arab yang datang untuk berhaji, mereka memberitahu tentang kegilaan Muhammad. Sehingga mereka menyarankan agar menutup telinga dari kata-kata Muhammad.

Namun dakwah ini terus berterusan atas izin Allah, hingga masa-masa sukar mampu dilalui umat Islam dengan baik.

Syaratnya, “Bersabar dengan sebenar-benar kesabaran” dalam menghadapi ujian dahsyat dari Allah ta’ala tersebut.

Masa-masa sukar itu sesungguhnya, hanya dapat dilalui oleh orang-orang hebat yang diuji dengan ujian dahsyat.

Wallahu a’lam bishshawab.

BACA INI JUGA: Insan Mulia Dan Sebentuk Cincin

Sumber: Mifdlol.staff.stainsalatiga.ac.id

3 comments

  1. Benar apa yang dikata,kita hanya merancang DIA yg menentukanya

    ReplyDelete
  2. Orang yg hebat...hebat juga ujiannya... Allah itu maha adil.

    ReplyDelete
  3. Hanya Allah jua yg mampu memberi ketabahan kpd sesiapa yg dipilih utk menghadapi ujianNya.. T kasih atas perkongsian ini SP.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon