Wednesday, January 28, 2015

Siti Nurhaliza Punca Zamani Jadi Penagih?


Nampaknya kisah lama antara vokalis kumpulan Slam dan penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza kembali dibangkitkan selepas nama Zamani kembali hangat, gara-gara ditangkap kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Siti-Nurhaliza

Seperti diketahui ramai peminat, mereka berdua pernah digosipkan satu ketika dahulu.

Namun ramai sudah terlupa tentangnya hinggalah komposer Saari Amri mengeluarkan satu kenyataan yang cukup panas di Facebook iaitu:

‘Siti Nurhaliza tahu kenapa Zamani jadi macam tu (seorang penagih)’.

Siti kemudiannya enggan memberi sebarang reaksi berkenaan persoalan tersebut dan menyifatkan status tersebut tiada kena mengena dengan dirinya.

Saari Amri
Saari Amri.

Namun, Saari sekali lagi menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengikut industri seni setelah berkata, suatu ketika dahulu dia pernah menasihati Zamani agar melupakan Siti.

Memetik kenyataannya di portal Malaysian Digest, “Saya kenal Zamani sejak dari awal dia mula menyanyi. Dia pun banyak menyanyikan lagu-lagu ciptaan saya dan kami memang rapat malah, saya banyak menghabiskan masa dengan dia.

“Pernah satu ketika saya bertanyakan kepada dia mengapa dia jadi begitu, nasihatkan dia melupakan Siti dan jalani hidup dengan lebih baik tapi Zamani seorang yang sangat setia.

“Jadi apabila berita penangkapannya tersebar, saya berasa kasihan dengannya dan atas sebab itu saya ‘tweet’ sekadar mahu meluahkan rasa simpati dan meluahkan apa yang betul.

“Ramai juga kenalan yang tahu tentang perkara itu tapi ia kisah lama. Tiada niat saya untuk bangkitkan atau timbulkan apa-apa isu.”

Siti Nurhaliza Enggan Ulas

Sementara itu, Datuk Siti Nurhaliza mengambil pendekatan enggan mengulas lanjut mengenai status Facebook komposer Saari Amri yang mendakwa penyanyi itu mengetahui sebab musabab kenapa Zamani mengambil dadah.

“Saya minta maaf kerana tidak mahu memberi sebarang komen kepada status orang lain dan saya sendiri sifatkan ia tiada kena mengena dengan saya.

“Saya tidak mahu mencampuri urusan atau hal yang dicetuskan pihak lain,” katanya.

Apa-apapun, diharapkan kehadiran tahun 2015 ini dapat memberikan sinar baru buat Zamani agar berubah seterusnya kembali mewarnai industri nyanyian tanahair.

Orang cakap ‘barang yang lepas usah dikenang’...

6 comments

  1. baik buruk perangai kita...kita yg tentukan..coz kita dah diberi sebaik2 akal daripada Allah SWT utk berfikir mn yg buruk dan baik...doa yg terbaik utk zamani :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu tandanya zamani belum cukup matang..

      Delete
    2. Awak matang bentuk apa pula?????

      Delete
  2. Doakan yang terbaik...semoga beliau berubahlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih belum terlambat. Banyak lagi kuntuman bunga ditaman..:)

      Delete
  3. Peribadi Zamani sgt mulia...tak layak Siti mendampingi dia...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon