Bermula dari khidmat perayauan antarabangsa, sehinggalah kepada kehilangan baki kredit tanpa sebab yang munasabah, ianya didedahkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam sidang media berkaitan isu caj-caj melampau di ibu negara.
Tindakan syarikat telekomunikasi yang dilihat tidak telus dalam urusan perkhidmatan data internet disifatkan satu penipuan yang harus ditangani segera oleh kerajaan.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai berkenaan hal berkenaan dan ia dilihat semakin berleluasa.
Telco juga mengamalkan bentuk perniagaan yang tidak sihat dalam pelan perniagaan data yang ditawarkan mereka.
Menurut beliau lagi, apa yang dialami para pengguna kini merupakan satu bentuk penipuan telco dan ada kes juga di mana pelanggan melanggan data tetapi langsung tidak menerima perkhidmatan seperti yang dijanjikan.
“Itu penipuan lah tu, patutnya jika pelanggan melanggan 3 gigabyte (GB) patutnya tiga, dapatnya 1.5GB kadang-kadang tidak dapat langsung, orang pun marah pilih syarikat telekomunikasi lain tetapi perlu menandatangani kontrak selama dua tahun.
“Jika ada pengguna tidak bayar, tiap-tiap bulan dikenakan penalti pula setiap bulan RM50… Akhirnya ada pengguna sampai perlu membayar RM20,000 lebih bermula daripada hanya RM200 yang tidak dibayar,” katanya.
Berikut antara penipuan syarikat TELCO yang didedahkan Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan.
Perayauan Antarabangsa (Roaming) - Caj sehingga mencecah RM80,000 selepas berada di luar negara tanpa mengetahui wujudnya perkhidmatan berkenaan, bila dibuat aduan kepada syarikat telekomunikasi (TELCO), pihak TELCO mendakwa perkhidmatan itu memang sudah tersedia di dalam langganan.
Kehilangan Kredit Pra-Bayar - Syarikat TELCO mengambil sejumlah kredit daripada akaun pengguna atas sebab perkhidmatan data internet harian padahal, pelanggan itu sudahpun membuat langganan untuk data internet secara bulanan, selepas membuat aduan, barulah jumlah kredit berkenaan dikembalikan semula, jika tidak dibuat aduan, kredit berkenaan akan hilang. Bayangkan berapa banyak kes kehilangan kredit sebegitu tidak yang tidak dibuat aduan.
Pelan Data Internet - Pelanggan yang memohon langganan 3 Gigabyte (3GB) contohnya, tetapi hanya mendapat 1.5GB dan ada aduan yang diterima PPIM, tidak menerima apa-apa langsung langganan.
Kesahihan Baki Data Internet - Pakej data internet yang dilanggan 3GB didakwa sudah habis digunakan oleh syarikat TELCO biarpun selepas hanya beberapa hari dilanggan, untuk terus menggunakan data internet.
Penalti Bayaran Lewat - Ada aduan diterima PPIM, pelanggan syarikat TELCO terpaksa membayar sehingga RM20,000 akibat penalti RM50 sebulan yang dikenakan syarikat TELCO bermula daripada jumlah RM200 yang tidak dibayar.
Panggilan Tidak Berjawab - Panggilan pelanggan syarikat TELCO jika tidak dijawab, ianya tetap akan dicaj biarpun tidak sampai satu saat.
Caj Melampau Tidak Munasabah TELCO - Caj untuk mendengar pesanan suara (voicemail), caj untuk menerima bil dicetak dan caj untuk mendapatkan bil terperinci.
Mesej Berbayar Yang Tidak Dilanggan - Tambahan kepada penipuan syarikat TELCO di Malaysia seperti yang dialami oleh SP sendiri, kredit sebanyak RM1 akan dipotong selepas membuka mesej yang dihantar oleh penyedia rangkaian sedangkan tiada langganan pernah dilakukan. Kejadian hanya disedari selepas berbulan-bulan menerima mesej beberapa kali seminggu. Sial punya selkom..
Siapa Pantau Kesahihan Penggunaan Data?
Mudah untuk syarikat telekomunikasi (Telco) sekadar menghantar SMS memberitahu kita sudah habis guna dan sila beli lagi kalau nak guna lagi. Nampak macam kaedah marketing untuk perah duit pelanggan sendiri.
Kalau perkiraan data yang dirakam dalam telefon bimbit dikatakan tidak sama dengan jumlah yang dikira syarikat telekomunikasi (Telco), maka siapa yang harus dipercayai untuk memastikan pengguna mendapat jumlah data yang tepat seperti yang dijanjikan?
Di mana pengguna hendak periksa dengan tepat dan dipercayai jumlah yang telah mereka gunakan?
Untuk berlaku adil kepada kedua-dua pihak yakni pengguna dan telco agar tidak wujud sebarang syak wasangka atau curiga, maka satu mekanisme pemantauan bebas perlu diwujudkan.
Pelanggan harus ada cara untuk mengetahui jumlah sebenar penggunaan dan bukannya bergantung kepada kata-kata telco semata-mata.
Kesimpulan
Sudah terlalu lama pengguna ditipu hidup-hidup dengan caj-caj mengarut oleh syarikat TELCO dan bukan sedikit yang sudah menjadi mangsa.
Apa gunanya ada kementerian berkaitan telekomunikasi atau pengguna kalau benda penting begini tidak diperbetulkan.
Telco kita adalah antara penipu berlesen terbesar tetapi sering kali terlepas!
BACA INI JUGA: Astro Tipu Rakyat Dan Kerajaan!
-SENTIASAPANAS.COM

Datuk Nadzim Johan.

Ada beberapa kali saya terima sms tak pasal2 kredit saya kena tolak 4 ringgit utk satu sms. Tak pasal2 kena batalkan pulak perkhidmatan yg saya sendiri tak pernah subscribe. Hampeh tul.. Tapi tak taulah angkara sykt mana... yg ni kot...
ReplyDeleteSama la tu KK. Memang penipu besar telco kat Malaysia ni..
DeleteSelalu juga berlaku tiba-tiba kredit habis walhal baki RM 20. Cekik leher mereka ni..
ReplyDeleteMemang cekik darah betul.. Makan duit haram..huhu
DeleteApa kata kita semua kembali kpd zaman dulu2... tak perlu guna hp.
ReplyDeleteSusah tapi xmustahil... :)
Patut untung berbillion ringgit....
ReplyDeletePada 15 Jan 2016 saya telah melanggan pelan RedOne minimum RM8 dan data 1GB** RM 30. Saya tidak terima bil selama dua bulan (pertengahan mac)sehingga saya mengambil keputusan menyemak sendiri secara online. saya dapati 3 bil telah dikeluarkan. Jan,Feb & Mac. ketiga2 bil tersebut menyatakan bayaran langganan RM60 beserta lebihan bayaran dan GST. Saya buat aduan di Redone centre kepong. Tapi selepas 2 minggu tiada jawapan. Pada 2 April saya terima satu lagi bil untuk bulan keempat. sedangkan saya baru berlanggan selama 2 bulan setengah.
ReplyDeleteredtone memang penipu.. kata free.. tapi hujung tahun suruh bayar RM96 (RM8x12). sedangkan simkad yg dia bagi tu.. tak guna pun...
Deleteok now aku rasa aku dah kena tipu dengan redone. aku cakap daftar plan rm8 je. dia g tibai aku rm28 sebulan. aku call agent dia dia sruh aku tggu. tggu punya tguu almost 2 weeks punya sabarnya aku sbb dia ckp system problem la bla bla. smpai skrg bila aku tanya diam. STRESS AKU. BNYK LGI BNDE NK BUAT DRI PIKIR BNDE NI. MNYESAL TUKAR. masa mula2 bukan main nak duit customer la katakan. dah dpt customer cmni lak dia buat
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya telah menggunakan Telco ONEXOX selama hampir 3Tahun. Setakat Ini saya teramat berpuas hati kerana Onexox memberikan Pelan , Perkhidmatan yang Terbaik dan Tidak pernah mencuri Kredit atau memberikan gb yg kurang dari apa yang kita langgan..
ReplyDeleteMalah Data Onexox 20GB HIGHSPEED RM50 ajer....
Data ini boleh SIMPAN / GUNA / KONGSI
Kongsi bukan Hotspot tau...
Boleh Tranfer terus ke semua pengguna ONEXOX
✅ BLACKLIST DITERIMA
✅ TIADA KONTRAK
✅ TIADA KOMITMEN BULANAN
SIM KAD RM10 jerr
BERMINAT JOM WHATSAPP SAYA:-
011-1332 3211
ya betul , kawan saya dengan saya pakai redone . Saya punya data bulan2 42 ringgit . Tapi kawan saya pelan yang sama Bill sampai sebulan 200 hingga 300 . Dah buat di careline redone tapi tiada tindakan . Sekarang nak tukar pun tak sebab Bill sampai 400 lebih , dia nak bayar nak terminet pun susah sebab yala banyak Bill dia . Saya nak tukar pun susah , berminggu jugak alasan nya "maklumat tak cukop" tapi kenapa masa awal pakai maklumat tak cukop boleh pulak Bill jalan macam biasa ? Penipu ! Lepas cust pun taknak ! Takkan dah pakai telco2 baru ni . ")
ReplyDelete