Sunday, January 04, 2015

Makanan Yang Sangat Ekstrim Di Dunia


Berikut merupakan makanan-makanan yang menggunakan resepi-resepi yang sangat ekstrim di dunia.

Pizza paling mahal

Chef Renato extreme pizza

Pizza hasil kreativiti Chef Renato ini selebar 8 inci dan memerlukan 3 orang chef yang telah pakar selain dohnya pula mengambil masa selama 3 hari untuk mengembang ke tahap yang dikehendaki.

Untuk menambahkan kelazatan serta rasa mewah pizza tersebut, antara topping yang diletakkan padanya termasuklah kaviar, udang kara dan juga garam yang dikutip menggunakan tangan dari Sungai Murray.

Kos untuk membuat pizza ini bernilai USD12,000. Namun yang menariknya, jika ada yang sanggup membayar harga tersebut, maka pizza tersebut akan dihantar ke mana-mana tempat dalam negara Itali.

Makanan paling merbahaya

Makanan paling merbahaya - Fugu

Bagi mereka yang berani, maka bolehlah mengambil hidangan berasaskan ikan fugu kerana ikan fugu yang juga dikenali sebagai 'babi sungai' dalam bahasa Jepun sebenarnya mempunyai isi ikan yang sangat sedap rasanya tetapi dalam masa yang sama mempunyai 'tetrodotoxin'.

Jadi, jualan untuk ikan ini dikawal ketat di Amerika Syarikat dan Jepun namun di benua Eropah ianya tidak dibenarkan sama-sekali untuk dijual.

Malah, chef-chef yang layak menyediakan hidangan berasaskan ikan ini perlu menjalani pelbagai jenis latihan untuk mengendalikannya dan dikatakan hati ikan tersebut adalah unsur-unsur utama yang boleh membawa maut walaupun ianya adalah bahagian yang paling sedap ikan tersebut.

Namun, di Jepun, bahagian hatinya tidak dibenarkan untuk dimakan.

Sup Sarang Burung

Bird's Nest Soup

Sarang burung telah dijadikan makanan di negara China sejak beribu-ribu tahun lamanya. Sup sarang burung juga telah dianggap sebagai salah satu hidangan mewah.

Biasanya sarang-sarang burung ini diimport dari negara-negara Asia Tenggara yang mana sarang-sarang burung ini sebenarnya dibina menggunakan air liur burung-burung tersebut.

Oleh kerana kesukaran untuk mendapatkan bekalan sarang-sarang burung ini, maka harganya juga telah meningkat naik dan biasanya satu hidangan sup boleh mencecah antara USD30 hingga USD100.

Manakala bagi 1 kilogram sarang burung pula harganya boleh mencecah sehingga USD10,ooo.

Hamburger paling lama

Hamburger paling lama

Burger yang dikatakan dibeli oleh David Whipple yang berasal dari Utah, AS telah berusia berbelas-belas tahun lamanya kerana ianya dibeli pada tahun 1999 menjadikan ia burger paling lama yang pernah wujud sehingga hari ini.

Yang menariknya, burger itu masih kelihatan sepertimana keadaan asal ketika ia dibeli. Menurut David, dia membuat keputusan membeli burger itu untuk membuktikan kepada kawan-kawannya bagaimana enzim dan bahan tambahan dapat membantu mengekalkan makanan ringan nampak begitu sedap.

Bahan masakan paling mahal

Cendawan truffle

Cendawan truffle memang diketahui mahal harganya namun jika ianya cendawan truffle putih, maka harganya adalah berkali ganda kerana ia adalah cendawan tersebut.

Ia dikatakan hanya hidup di kawasan yang kecil di daerah Piedmont di Itali dan hanya ada dalam tempoh masa yang singkat setiap tahun.

Malahan, cendawan truffle putih ini juga tidak mampu dibiakkan di rumah hijau ataupun dibiakkan replikanya secara genetik.

Ia biasanya akan dikorek oleh anjing ataupun babi. Harganya mampu mencecah beratus-ratus ribu dolar!

BACA INI JUGA: Selebriti Terkenal Yang Menderita Kerana Obses Mahu Kurus

-Sentiasapanas.com

3 comments

  1. kat batu pahat ada mee racun. selama saya pindah sini hampir 10 tahun. tetap takut untuk mencubanya. macam mana rupa pon tak tau. :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon