Friday, December 05, 2014

Tahukah Anda Betapa Luasnya Alam Semesta?


Untuk mengira berapa luas alam semesta yang sebenarnya, kita tidak boleh mengira dengan ukuran batu atau kilometer.

Alam Semesta

Ukuran luas alam semesta yang ada buat masa ini ialah mengukurnya dengan kelajuan cahaya iaitu 186 ribu batu sesaat.

Ini kerana, berapa lama cahaya mengambil masa untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain dalam setahun adalah panduan yang kita ada dan boleh diguna pakai. Dan jarak perjalanan cahaya ialah 5,879,000,000,000 batu setahun!

Disebabkan sesetengah bintang adalah terlalu jauh, walaupun ia sudah meletup dan hilang, kita masih dapat melihat cahayanya di langit pada waktu malam.

Hakikat sebenarnya, bintang tersebut sudah tidak wujud lagi. Ia sepatutnya tidak ada lagi ditempatnya. Tetapi kita masih dapat melihat bintang tersebut sebab cahaya terakhirnya belum sampai kepada kita.

Untuk memahami betapa luasnya langit, kita boleh melihat kepada kiasan yang dikemukakan oleh Robert Jastrow, bekas pengarah Pusat Goddard NASA.

Bayangkan Matahari adalah sebesar sebiji oren. Pada skala tersebut, Bumi hanya bersaiz sebutir pasir yang mengelilingi Matahari pada jarak 30 kaki.

Planet Musytari pula adalah 11 kali lebih besar daripada Bumi dan mengelilingi Matahari pada jarak satu blok rumah.

Planet Saturn pula berada dua blok lebih jauh dan Pluto (bukan lagi sebuah planet), yang paling jauh dalam Sistem Solar ini berada 10 blok rumah dari Matahari.

Pada skala yang sama, purata jauhnya di antara bintang-bintang adalah 2 ribu batu. Bintang terdekat dengan Matahari kita iaitu Alpha Centauri adalah 1,300 batu jauhnya.

Pada skala yang sama, galaksi adalah kluster bintang-bintang yang dipisahkan sejauh 2,000 batu. Kesemua kluster buah oren tersebut (galaksi) mempunyai diameter selebar 20 juta batu.

Bayangkan, ini hanyalah kiasan atau model luasnya angkasa langit yang kalau kita hamparkan diatas permukaan Bumi - butiran pasir dan buah-buahan oren sebagai planet.

Realiti sebenar angkasa amatlah hebat serta sangat luas.

Saintis sendiri tidak mampu menggambarkan berapa sebenarnya keluasan angkasa lepas dan jarak sebenar di antara galaksi-galaksi.

Subhaanallah..

BACA INI JUGA: Misteri 'Ley Lines' Garisan Spiritual Bumi

-SENTIASAPANAS.COM

7 comments

  1. Hebatnya kuasa Yang Maha Pencipta... subhanallah... Allahuakbar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak mampu dibayangkan oleh akal manusia.. Benar-benar hebat dan menakjubkan..

      Delete
  2. Salam Admin SP..


    Saya mahu tanya.. Kalau Admin tahu lah. Bagaimana manusia boleh merakam gambar galaksi Bima Sakti dari puncak atas yg jauh? Sedangkan bumi yg berada dalam galaksi Bima Sakti sekecil butir pasir.. Adakah gambar galaksi ini hanya lakaran saintis?

    ReplyDelete
  3. Wow sangat dashyat dan menakjubkan

    ReplyDelete
  4. Kalau ada kelapangan ..boleh minta Ustaz2 ceritakan kisah Jibrail a,s menyanbut Nabi Yusuf a.s yg sewaktu kecil di campak kan dalam perigi...Dan tambahan lagi..boleh juga minta Ustaz2 ceritakan bagaimana jibrail a.s melayari Syurga khusus untuk saidina Abu Bakar r.a..Memang nanti sahabat 2 rasa tertegun...cari yer maklumat tu ..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon