Wednesday, December 03, 2014

Tahukah Anda Asal-usul Penciptaan Payung?


Percaya atau tidak, payung sudah dicipta lebih daripada empat ribu tahun dahulu. Pada mulanya, ia digunakan sebagai pelindung buat golongan raja-raja sewaktu tamadun purba di Afrika, Asia dan Yunani.

Ancient Umbrella

Bukti ini dapat dilihat melalui peninggalan artifak kuno yang ditemui.

Tujuan asal payung dicipta bukanlah untuk mengelak hujan, tetapi untuk melindungi golongan raja daripada sinaran matahari. Setelah ratusan tahun, barulah payung digunakan untuk tujuan lain.

Perkataan umbrella sendiri diambil daripada bahasa latin, 'umbra' yang membawa maksud bayang-bayang.

Penduduk dinegara China merupakan orang pertama menggunakan payung sebagai perlindungan kalis air bagi mengelakkan diri mereka dibasahi hujan. Mereka menyapukan lilin pada kertas payung untuk menjadikan ia kalis air.

Ancient Umbrella [2]
Payung pada artifak purba.

Payung paling tua yang direkodkan ialah sewaktu zaman pemerintahan Dinasti Xin. Pemerintah ketika itu ialah Wang Man, telah mengarahkan penciptaan payung lipat.

Di London pada tahun 1830, payung pertama dijual secara komersial di sebuah kedai kecil bernama James Smith and Sons.

Payung versi anak-beranak ini dibuat menggunakan kayu berbentuk seperti tulang ikan paus, dimana kain payung tersebut disapu dengan minyak. Kayu yang digunakan sangat tebal membolehkan ia bertahan sehingga bertahun-tahun lamanya.

Malah, kedai ini masih dibuka di kota London dan menjual payung yang sama sehingga ke hari ini.

James Smith and Sons Umbrella

22 tahun kemudian, Samuel Fox, telah mencipta payung versinya sendiri yang diberi nama Fox Frame, yang mempunyai besi dalam reka bentuk dalamannya.

Payung versi Fox merupakan payung yang paling hampir dengan ciptaan payung sebenar pada zaman ini.

Selamat membaca..

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Ketuhar Microwave Tercipta Secara Kebetulan?

-SENTIASAPANAS.COM

8 comments

  1. Payung pasti akan terus digunakan smpai bila2...

    ReplyDelete
  2. lani org pakai payung besar utk berniaga dipasar malam. sediakan payung sebelum hujan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Payung zaman sekarang dah canggih, tak sangka sejarahnya sudah begitu lama kan..

      Delete
  3. Replies
    1. Dan banyak lagi yang kita tak tahu sebenarnya..

      Delete
  4. Agaknya bilakah orang kita mula mengenali dan menggunakan payung?

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon