Monday, December 15, 2014

Misteri Roh Mengembara Ke Alam Ghaib


Filippo Neri diterima sebagai paderi paling warak oleh penduduk Rom, Itali. Kata-katanya adalah azimat dan tegurannya dianggap nasihat.

Misteri alam roh
Gambar hiasan.

Suatu dinihari, 16 Mac 1589, Filippo dijemput ke istana menghadap Tengku Mahkota, Putera Fabrizio Massimo.

Paderi itu diberitahu oleh Putera Fabrizio bahawa anak lelaki tunggalnya, Paolo, 14, sedang nazak, tidak diketahui penyakitnya.

Sebaik Filippo meletakkan tapak tangan ke dahi kanak-kanak itu, ternyata dia sudah tidak bernyawa lagi. Paderi itu terus duduk di sisi mayat, memohon - dengan caranya sendiri - kepada tuhannya agar mengasihani roh kanak-kanak itu.

Melihat keadaan Filippo, kerabat yang berada sama faham apa yang berlaku. Mereka kemudiannya memberikan penghormatan terakhir sambil paderi itu meletakkan tangan ke dada mayat.

"Paolo...! Adakah kamu mendengar panggilan ini?! Filippo bersuara. Tiba-tiba kanak-kanak itu membuka mata, merenung sekeliling dan terus berkata-kata.

Dia memberitahu bapanya bahawa seketika tadi dia berada di suatu tempat yang cukup indah pemandangannya.

"Tidak pernah saya ke sana sebelum ini.

"Ayah...", katanya sambil merenung ayahandanya.

Beberapa ketika kemudian dia menyambung, "Saya bertemu ibu di sana, kami berbual-bual dan ibu mempelawa saya tinggal bersamanya. Maafkan saya ayah...saya mahu terus bersama ibu".

Yang hadir terperanjat kerana ibu Paolo telah meninggal dunia lapan tahun lalu.

"Kalau begitu, pergilah! Kami merestui kamu", balas paderi itu.

Paolo tersenyum, memandang seorang demi seorang ahli keluarganya. Orang terakhir direnung ialah ayahnya.

Selepas memberikan senyuman, perlahan-lahan putera itu menutup mata dan tidak membukanya lagi.

BACA INI JUGA: Kemalangan Dan Kematian Misteri Yang Membingungkan!

-Sentiasapanas.com

8 comments

  1. alam roh adalah rahsia Allah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Rahsia yang tersimpan dan cuba dirungkai misterinya oleh manusia dengan akal dangkal..

      Delete
  2. bermakna.. ibu paolo yg kafir itu pun hidup aman damai di alam barzakh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar berkongsi pengalaman yang benar-benar pernah terjadi, itu syurga atau dimana, Wallahu a'lam..:)

      Delete
  3. alam ghoib itu rahasia allah bang :)

    ReplyDelete
  4. Bagi kita yg beragama Islam pasti rasa yg ini adalah permainan syaitan kan...

    ReplyDelete
  5. Banyak kebesaran Allah yang kita tak tahu.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon