Saturday, December 27, 2014

Kenapa Kelantan Tak Diisyhtihar Darurat?


Berkenaan isu darurat yang digesa sesetengah pihak agar segera diumumkan ke atas Kelantan yang terjejas teruk akibat banjir, Najib memberikan jawapan bagi merungkai persoalan ini.

Banjir-di-Kelantan

Atas beberapa faktor kukuh, kerajaan memutuskan untuk tidak mengisytiharkan darurat di Kelantan buat masa ini, antaranya kerana perisytiharan tersebut akan menyebabkan mangsa-mangsa bencana gagal untuk menuntut insurans kerana secara automatiknya, situasi tersebut akan dikategorikan sebagai ‘force majeure’ ataupun insiden bencana alam yang di luar kawalan mana-mana pihak.

Selain itu, kerajaan juga sedang bertindak sehabis baik bagi membantu kesemua mangsa banjir menghadapi saat getir dengan mengerahkan agensi-agensi kerajaan untuk turun padang menghulurkan pertolongan.

BRIM Dipercepat, Dana RM500 Juta Dilulus Untuk Bantu Mangsa Banjir

BRIM Dipercepat

Sementara itu, beberapa langkah telah diputuskan bagi mengurangkan kesusahan dan penderitaan yang dialami mangsa-mangsa banjir.

Antaranya, kerajaan persekutuan bersetuju menambah dana sebanyak RM500 juta melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membantu mangsa banjir di seluruh negeri yang terjejas.

Turut diumumkan, bayaran BR1M fasa pertama yang dirancang diberikan pada hujung Februari dipercepatkan kepada pertengahan Januari 2015 bagi meringankan beban rakyat terutama yang dilanda musibah seumpama ini.

Kerajaan turut mengarahkan institusi kewangan supaya meringankan beban mangsa banjir dengan memberi kelonggaran kepada mereka dalam membayar balik pinjaman yang dibuat.

Berkaitan kerosakan di kawasan yang terjejas banjir, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bakal menilai dan memaklumkan kepada kerajaan persekutuan berhubung jumlah kerosakan yang dialami selepas bencana banjir reda dan berakhir.

Setakat ini, fasa pertama bantuan yang dihulurkan Kerajaan Persekutuan kepada mangsa-mangsa banjir, berupa keperluan pakaian dan makanan.

Selain itu bekalan air, gas dan elektrik akan dipulihkan secara berperingkat di semua kawasan yang terjejas.

Saluran komunikasi yang terjejas di kawasan banjir berkait dengan elektrik yang terputus, dan ia akan dibaikpulih pada kadar segera.

Untuk makluman, bantuan RM500 juta yang diumumkan akan mula diagih tahun depan selepas bencana reda dan kesemua mangsa dapat pulang ke rumah masing-masing.

Sumber: Mynewshub.cc

-SENTIASAPANAS.COM

8 comments

  1. Marilah kita terus mendoakan ketabahan & keselamatan buat semua mangsa banjir ini... aamiin..

    ReplyDelete
  2. INSURANS TIDAK DAPAT CLAIM KALAU DARURAT?

    Saya banyak menerima soalan yang berkaitan isu darurat yang dikatakan tidak dapat diisytiharkan supaya mangsa-mangsa banjir dapat membuat tuntutan insurans. 

    Katanya, jika darurat diisytiharkan maka syarikat insurans berhak menolak tuntutan yg dibuat. 

    Ini pandangan saya:

    + Betul, memang dalam banyak polisi insurans seperti insurans kenderaan, insurans perniagaan, insurans bangunan, insurans kemalangan meletakkan darurat sebagai salah satu situasi yang dikecualikan untuk dibuat tuntutan.

    + Tapi dalam masa sama, berdasarkan pengalaman saya sebenarnya majoriti pelanggan sangat jarang mengambil coverage tambahan bencana banjir yang membolehkan mereka membuat tuntutan jika kerosakan akibat banjir. Jadi, sama ada isytihar darurat atau pun tidak, majoriti besar pengguna memang tidak dapat membuat tuntutan kerana tidak mengambil insurans yang cover banjir.

    + Banjir sudah masuk hari ke-5 dan sekiranya darurat diisytiharkan hari ini 27/12/2014, mangsa-mangsa banjir masih boleh membuat tuntutan sebab kerosakan berlaku SEBELUM darurat diisytiharkan. Jadi, syarikat insurans / takaful dan ejen serta staff boleh memberi pengetahuan (educate) kpd pelanggan supaya meletakkan tarikh berlaku kerosakan SEBELUM tarikh darurat diisytiharkan.

    + Situasi sekarang sangat genting memandangkan majoriti yang terlibat dari kalangan orang-orang kampung, orang-orang miskin, rakyat marhaen yang melibatkan nyawa. Jadi menjadikan alasan insurans sebagai penghalang darurat diisytiharkan bukanlah tindakan terbaik kerana nyawa majoriti rakyat lebih penting berbanding kerosakan bangunan / kenderaan utk claim insurans.

    + Statistik menunjukkan kadar penembusan insurans takaful hanya sekitar 15% sahaja di kalangan rakyat bumiputera. Dan majoriti penduduk Kelantan adalah Melayu Bumiputera. Maka alasan "insurans tak boleh claim kalau darurat" hanya menjaga kepentingan minoriti berbanding kepentingan majoriti rakyat yang langsung tidak memiliki insurans. Apatah lagi insurans melibatkan coverage banjir.

    + Situasi-situasi di atas hanya melibatkan claim yg berkaitan insurans / takaful am seperti kenderaan, bangunan, isi rumah dan sebagainya. Manakala jika insurans hayat atau takaful keluarga, pemegang polisi tetap boleh claim sekiranya berlaku musibah.

    KESIMPULAN: Menggunakan alasan "insurans tidak boleh claim kalau isytihar darurat", bukanlah alasan yang kukuh utk tidak mengisytiharkan darurat.

    Afyan Mat Rawi, IFP.
    27/12/2014

    Disclaimer: Saya bukan pakar insurans. Saya hanya ejen takaful cabuk yg baru 11 tahun dalam bidang perkhidmatan kewangan dan takaful, serta sebagai Pengurus Agensi di Takaful IKHLAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya begitulah situasi yang sering berlaku di Malaysia. Dibantu susah, tidak dibantu laagi susah..:(

      Delete
    2. Kata nenek SP yang sudah meninggal tu dahulu, perkara paling senang di dunia ialah bercakap dan memberi komplen..:(

      Delete
    3. 1) Mana-mana pelanggan insurans sebenarnya perlu mengambil polisi tuntutan yang melibatkan bencana banjir terlebih dahulu sekiranya mereka ingin membuat tuntutan. Sekiranya mereka tidak berbuat demikian, tuntutan yang melibatkan bencana banjir langsung tidak relevan.

      (2) Sekiranya ada di kalangan mangsa banjir mempunyai polisi perlindungan akibat bencana banjir sekalipun, mereka masih boleh membuat tuntutan tersebut kerana bencana banjir yang menimpa mereka berlaku sebelum pengisytiharan darurat.

      3) Setelah pengisytiharan darurat bencana ini dibuat, maka keseluruhan aset Kerajaan Persekutuan akan digunakan sepenuhnya.

      4) Maka, apakah alasan untuk tidak menggunakan keseluruhan aset kerajaan termasuk kelengkapan tentera darat, tentera udara mahupun tentera laut bagi menyelamatkan nyawa rakyat sendiri?


      Delete
    4. Tanpa pengisytiharan darurat pun kerajaan telah menggerakan seluruh kemampuan yang ada termasuk dari Angkatan Tentera Malaysia.

      Adakah saudara mempunyai fakta dan bukti bahawa kerajaan telah mengabaikan mangsa-mangsa banjir?

      Ini bukannya masa untuk fahaman politik melampau menyelit disisi saudara-saudara kita yang dalam kesusahan.

      Wallahu a'lam..

      Delete
    5. That is the problem saudara SP...saya di sini bukannya nak membawa politik sempit as you said...tapi itu lah realiti yang berlaku di Kelantan...kerajaan persekutuan memang menganak tirikan kerajaan negeri terutama kelantan...

      Saya bercakap base on pengalaman...abg ipar saya di kuala krai memberitahu saya yang dieorg tiada makanan sehingga terpaksa mengutip tin-tin yang berisi sardin yang dibawa oleh arus banjir utk mengalas perut kerana tiada bantuan makanan yang mengcukupi diberikan (pekara ini berlaku sebelum Najib balik dari bermain golf bersama Obama di hawai)...dan disesetengah tempat mangsa banjir terpaksa menadah tangan utk sesuap nasi...

      Tidak saya nafikan setelah Najib balik dr bermain golf, keadaan bertambah baik dengan arahan Najib...but then again, pendapat saya dengan pengistiharaan darurat SEMUA saya ulang lagi SEMUA aset kerajaan dapat digunakan dengan semaksimum mungkin bagi membantu mangsa banjir...dan alasan tdak dapat klaim insuran adalah tidak RELEVAN lagi disebabkan kebanyakkan mangsa banjir adalah ORANG KAMPUNG yang tidak mengambil insuran pun...

      Walau bagaimanapun, terima kasihlah kepada kerajaan persekutuan yang telah membantu mangsa banjir kini walaupun terpaksa mengecop muka masing-masing di kampit-kampit beras yang diberikan bagi meneruskan survival politik mereka walaupun hasil bantuan tu datang dari cukai dan duit rakyat...

      Delete
  3. semoga semua mangsa yang terlibat tabah.memang sukar nak menerima musibah yang melanda

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon