Atlet bina badan negara Sazali Samad memenangi gelaran ke-10 Kejohanan Dunia Mr Universe di Mumbai, India sekaligus mencatat satu rekod dunia.
Ini kerana belum pernah ada atlet bina badan memenangi kejohanan itu sebanyak 10 kali sebelum ini.
Sazali yang masih berkhidmat dengan PDRM dan bergelar Sub Inspektor pernah memenangi kejuaraan Mr Universe sebanyak sembilan kali sebelum ini iaitu di Melaka pada tahun 2000, Moscow, Rusia (2004), Ostrava, Republik Czech (2006), Jeju, Korea Selatan (2007), Dubai (2009), Varanasi, India (2010), Melaka (2011), Bangkok, Thailand (2012) dan Budaors, Hungary (2013).
Beliau yang digelar Orang Besi Malaysia juga pernah meraih sembilan kali gelaran Mr Asia iaitu 1996, 1998, 1999, 2000, 2004, 2009, 2010, 2012 dan 2014.
Bagi jaguh dunia berusia 47 tahun itu, mengakui amat berpuas hati dengan pencapaiannya selepas bekerja keras untuk mempertahankan kejuaraan berganda.
Lebih manis katanya, kejayaan tersebut adalah untuk mengangkat nama Malaysia ke persada antarabangsa menerusi sukan bina badan.
“Saya sangat gembira sebab dapat gelaran kali ke-10. Kejayaan ini adalah untuk Malaysia!,” katanya.
Sazali sebelum ini pernah menyuarakan kegusarannya kerana bakal menentang peserta tuan rumah selain masalah kecederaan kedua-dua lutut yang dialami sejak awal tahun, namun atlet negara berusia 47 tahun itu membuktikan semua itu bukan penghalang untuknya bergelar Mr Universe.
Kem jaguh bina badan negara membawa pulang empat pingat setelah kemenangan Sazali diiringi oleh kejayaan rakannya Buda Anchah muncul naib johan kategori Master 80kg, antara 40 hingga 49 tahun manakala Syarul Azman Mahen Abdullah menduduki tempat ketiga kategori athletic physique 170 sentimeter.
Selain kemenangan dan rekod dunia hebat yang dicipta Sazali, peserta bina badan wanita negara, Lilian Tan juga turut mengharumkan nama negara di Kejohanan Bina Badan Dunia ke-6 itu apabila berjaya meraih pingat emas kategori Wanita Senior Bawah 55kg.
Acara wanita tidak akan dipertandingkan lagi di peringkat dunia selepas ini.
Tahniah buat Sazali Samad!
-SENTIASAPANAS.COM

As'salam..wow!! berketul ketul..tahnia menang Sazali..mujur ..banyak kemenangan yang dijulang. So Melaka Boleh bah kan SP
ReplyDeleteW'salam. Ahaha..boleh ba di melaka.. ba bila..hehe
DeleteIngat kan lelaki .wanita beb!!! hilang kewanitaan..so SP sentiasa Panas
ReplyDeleteNo komen hehe..
DeleteFuyoo punya hebat sudah 10 kali juara.. terbaik
ReplyDeleteBukan filipina saja yang ada lagenda, sekarang ada di Malaysia..:)
DeleteTahniah buat sazali samad... beliau mmg hebat..
ReplyDeleteKita pun tumpang gembira kan KK..:)
DeleteTahniah...semoga terus suksess..
ReplyDeleteTapi sy x minat sgt sukan ni...eerrrr...tgk body pun ngeri...
Satu rekod dunia! Tahniah Sazali... Satu pencapaian yg bukan mudah serta perlukan byk pengorbanan.
ReplyDelete