Wednesday, December 17, 2014

JPN Nafi MyKad Perlu Ditukar Sebelum Penghujung Tahun


Orang ramai tidak perlu membuat penggantian MyKad dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) jika kad pengenalan diri mereka masih berada dalam keadaan baik.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Ketua Pengarah JPN, Datuk Sulaiman Keling berkata, khabar angin kononnya orang ramai perlu membuat penukaran MyKad selewat-lewatnya pada hujung tahun 2014 ini atau akan didenda tidak benar.

“JPN ingin mengingatkan orang ramai agar berwaspada berkaitan hebahan maklumat berkaitan penukaran MyKad yang telah menimbulkan kekeliruan dan salah faham orang awam bahawa MyKad perlu ditukar selewat-lewatnya pada hujung tahun 2014 ini atau akan didenda.

“Sekiranya Mykad yang dimiliki masih dalam keadaan baik dan berfungsi maka mereka tidak diperlukan membuat gantian baru kad pengenalan. JPN juga ingin memaklumkan bahawa gantian MyKad struktur baru adalah tidak diwajibkan. Penukaran kepada MyKad yang baru adalah merupakan pelaksanaan yang berterusan dan tiada tarikh tutup,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sulaiman menjelaskan, kewajipan membuat MyKad adalah ke atas kanak-kanak Warga Malaysia yang telah mencapai umur 12 tahun untuk membuat kad pengenalan bagi kali pertama.

Menurutnya, warganegara yang telah mencapai umur 18 tahun dan sebelum mencapai umur 25 tahun juga wajib membuat penukaran dan ia hanya perlu dilakukan sekali seumur hidup.

Selain itu, kata beliau, gantian kad pengenalan dibuat sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan kad pengenalan atau cip tidak berfungsi dan pertukaran butiran yang telah diluluskan oleh JPN.

Justeru, beliau berharap orang ramai untuk tidak mempercayai sumber berita dari laman sosial atau media tidak rasmi bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

“Penyiaran maklumat berkaitan kad pengenalan hanya boleh disahkan oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara dan Pegawai Pendaftaran yang dilantik sahaja,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau meminta melayari laman web rasmi JPN di www.jpn.gov.my atau menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN di talian 03 – 8880 7077/ 7067/ 7069/ 8206 atau emel ke pro@jpn.gov.my untuk mendapat penjelasan mengenai MyKad.

Sumber: Mynewshub.cc

4 comments

  1. macamana ada berita macam tu nya SP sebab di Keningau pun tempoh hari berasak2 nak buat ic baru mujur Etuza awal daftar buat dah lama baru ramai yang datang buat Ic..Etuza ada hari tu ke pejabat kerajaan ..kata kerani tu7 ic Encik kena tukar ya dengan segera katannya sebab gambar masa 13 tahun..kena tukar lah ya katanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kalau ic cikgu etuza rasanya tak perlu tukar, sebab rasanya gambar masa muda dengan sekarang nampak hampir sama juga..hehe

      Delete
  2. Berapa kali nak tukar daa... baguslah klu khabar angin je...

    ReplyDelete
  3. Letih oo...kalau nak beratur tunggu..huhu

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon